Friday, January 20, 2012

jgn SALAH SANGKA!!!

bismillahirrahmanirrahim...
               
pasti pembaca blog ini terasa bahang kemarahan aku ketika membaca entry aku yg terdahulu.....mungkin juga ada yg berkata...x patut aku mencoretkannya di sini...

bukan niat aku utk menyebarkan api kemarahan ke dlm hati kalian...juga bukan niat aku utk mjdkan kalian membenci musyrif tersebut...

aku faham...aku sgt faham atas usaha musyrif tersebut dlm usahanya menjaga keselamatan kami, para akhawat...aku
faham bgimana sekiranya usaha yg dilakukan tidak dihargai...dgn berunding dgn ammu bas lg...
tolong para akhawat sekalian jgn membenci musyrif tersebut..
sama2 kita muhasabah balik....




tujuan entry kali ini adalah utk kita muhasabah kembali kisah tersebut...
intipati pertama dlm kisah tersebut: KOMUNIKASI 2 HALA ANTARA IKHWAH & AKHAWAT

             benar...aku mengakui terhadap komunikasi 2 hala yg amat minimum dlm hal ini...dlm Islam..terdpt bbrapa hal keadaan yg mengharuskan ikhtilat antara lelaki & perempuan..aku amat berharap agar kita sama2 dpt memahami hal ini dgn sejelas-jelasnya....

kpd yg kurang menjaga batas2 pergaulan antara lelaki & perempuan...sama2 kita menjaganya...dan kpd yg mungkin dikategorikan syadid (terlalu menjga batas2 tersebut...sbnarnya istilah syadid ini x sesuai digunakan...syadid itu sendiri mempunyai perbahasannya yg tersendiri...tapi..aku gunakan istilah krn lbih mudah difahami), sama2 kita fahamkan kembali batas2 ikhtilat ini....supaya dpt ditingkatkan keberkasanan komunikasi 2 hala ini...

sebenarnya bgimanakah hukum pergaulan antara lelaki & prmpuan...??


yg pastinya....pergaulan antara lelaki dan prmpuan x sama dgn pergaulan antara lelaki dgn lelaki....secara asasnya, pergaulan sesama lelaki adalah harus...TETAPI..pergaulan antara lelaki dan prmpuan adalah haram...

wlubgmanapun...terdpt beberapa hal keadaan yg mengharuskan percampuran tersebut....
utk pencerahan yg lbih lanjut, sila tekan sini
aku hanya akan menyatakan beberapa keadaan yg seringkali dihadapi sbg panduan & pedoman kita bersama...

>>>>HARUS KRN TERPAKSA (DHARURAH) 


ikhtilat yg berlaku krn terpaksa seperti yg disebutkan oleh Imam Nawawi dgn katanya:


"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

>>>>HARUS KRN KEPERLUAN (HAJAT)
  • Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. 
  • Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.  
  • Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah." 
intipati kedua: KEPENTINGAN MENGGUNAKAN MUSYRIF


aku amat berharap agar sahabat2 akhawat sekalian dpt memanfaatkan perkhidmatan musyrif yg tlah disediakan oleh pihak PERUBATAN....mengapakah kalian hendaklah meletakkan diri kalian dlm situasi yg merbahaya...


benar...aku juga mengakui...perkara ini agak melecehkan...menyusahkan org lain...melambatkan pergerakan...ingatlah kalian....MALANG TIDAK BERBAU...KITA X DPT NAK MENJANGKAKAN APAKAH YG BAKAL BERLAKU....
tidak ingatkah kalian akan peristiwa2 yg pernah berlaku disekitar kita..??


bukankah usaha kita melaksanakan tuntutan Allah juga merupakan satu jihad..??


********


p/s: jgnlah kalian memandang ssuatu itu dari satu pandangan shj...pandanglah dri sudut positif + negatifnya...


mengapa mahu mencari kesalahan yg satu sedangkan kebaikan yg byk itu kamu abaikan...??


_SALAM MUHASABAH DARI HAMBA YG HINA DINA_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...