Wednesday, May 1, 2013

Another step ^^

Bismillah...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Dah lama tak update blog ni... Agak sibuk dengan beberapa taklifan. Sebenarnya tak berapa ada idea nak tulis apa. Tapi, bila baca blog orang lain, timbul nak menulis. Nak tulis apa? Entah la..tengoklah apa yang tertulis..huhu
^^ Macam tak da tujuan je? ~.~

26 April 2013

25 April 2013, dapat short notice panggilan mesyuarat. Mesyuarat pertama Jabatan Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN. Nasib baik buat dekat dalam kawasan Kaherah sahaja. Kalau buat dekat Mansurah, aduh, fikir dua tiga kali la jugak..huu.. Sebagai Timbalan Ketua Unit Grafik. Aduh, berdebar. Bukan calang-calang orang dalam organisasi ni. Peringkat Majlis Tertinggi PERUBATAN kut.

Esoknya. Tepat jam 9 pagi, dah terpacak dekat Markas Abbasiyah. Nasib baik 5 minit ja dari rumah. 9.30 pagi, mesyuarat bermula. Tazkirah. Ta'aruf. ~I'm the youngest~ Seriously, buat kerja dengan orang-orang hebat dan berpengalaman. Tahun 6, 4, 3 PERUBATAN. Tiba-tiba rasa inferior..hehe

Tiba slot pembentangan kertas kerja. Kertas kerja diedarkan. Siap dimasukkan dalam fail transparent. Wow! Memang kemas bos buat kerja. Professional. Ok, my first impression..huhu.. Actually, it's not my first time working with him ^^ Perbincangan gerak kerja. Ketua Unit Grafik dari Mansurah. Tahun 5. Team Grafik dari Mansurah hebat. Moga dapat banyak belajar.


kerja 2-3 jam


Segan

Hal yang sepatutnya dibangkitkan sewaktu hal-hal berbangkit, saya bangkitkan waktu bincang gerak kerja. Huhu. Nasib la pakai niqab, buat selamba ja kena gelak sikit..huhu..menceriakan suasana.

Akhirnya, keluar dari mesyuarat, hah..berlungguk kerja designing. Besar sebenarnya peranan grafik dalam media ni.  Kerja first lagi dah kena komen. :) Biasa la bekerja kena komen. Kalau tak, tak kena la piawaian professional tu. Dari komen-komen tu la baru belajar.

PERUBATANversion4

Once a Crew, Always a Crew

Ayat keramat dari legend mediaPERUBATAN, abang dinmat. His blog. Sebenarnya sejak tahun lepas lagi dah masuk bawah Jabatan Grafik (GRADE-Grafik Department) Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PERUBATAN. Kiranya dah setahun lebih la saya bersama bahagian grafik (Feb 2012 - sekarang). But I'm unrecognizable sebab BPP sebuah legasi yang sangat besar. Huh, dari bawah sekali, naik ke tempat yang agak tinggi..huh, gayat..takut terjatuh. Na'uzubillah

Sekarang saya bekerja untuk persatuan. Bekerja untuk Islam. Membawa kepada kesatuan pelajar. Menyampaikan maklumat yang benar. Gunakan media untuk ISLAM! 

*MengISLAMkan media or memediakan ISLAM ?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...