Posts

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH ^^

Image
Alhamdulillah...Segala puji bagi allah, tuhan sekalian alam 15 september 2012..Saya kembali menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini, bersama 1001 azam dan semangat baru.. Tak sangka segala urusan kemasukan ke Mesir ini menjadi mudah. Iyalah, agak berdebar-debar apabila berurusan sendirian. Bermula dari Penang Airport , kemudian KLIA.. Doha Airport & Cairo Airport .. Alhamdulillah, tak ada yang tersangkut. Jadual kuliah pun dah keluar. Cuma buku teks belum beli lagi. Dah naik tahun 2..huhu..cepatnya masa berlalu.. Tak sabar nak mulakan tahun pengajian yang baru.. Stay awake, stay strong & do your best.. SELAMAT KEMBALI KE KULIAH kawan-kawan

Melawan LEMAH SEMANGAT

Image
Sebagai seorang pelajar dan seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri. Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang amat lemah, hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa saya serahkan segala usaha. Insan dikurniakan perasaan yang mewarnai hidup untuk menempuh dunia penuh suka dan duka. Cuma bagaimana seorang insan itu menghadapinya dan mengambil iktibar daripadanya. Pernahkah anda mengalami sindrom "lemah semangat"? Anda terasa "jatuh terduduk", downhearted  atau rasa terbuang dan disisihkan. Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang lagi untuk anda. Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada tenaga lagi untuk melawan.

Resepi Kuah Kacang Maklong :D

Bahan masakan 1 kg kacang (digoreng tanpa minyak) - buang kulit & blend (A) Blend sekali 8 batang serai 1 inci lengkuas 1 inci belacan 1/2 sudu kecil jintan (B) Blend sekali 4 labu bawang besar 1 labu bawang putih  RM 2.50 cili boh (kalau guna cili kering-RM1/buang biji) 1/2 kg gula pasir paket kecil asam jawa minyak Cara memasak Tumis Bahan A sehingga kekuningan/naik bau Masukkan Bahan B. Kacau + 10 minit Masukkan cili boh. Kacau Masukkan air asam jawa. Masak hingga terbit minyak Masukkan air. Masak hingga menggelegak Akhir, masukkan kacang, gula, garam. Masak hingga terbit minyak.

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Image
Penglibatan kaum wanita dalam bidang perubatan bukanlah satu yang asing dan baru, malah bermula pada zaman awal Islam lagi. Contohnya Aisyah r.a sendiri adalah seorang yang pakar dalam bidang rawatan sebagaimana yang diceritakan oleh Urwah bahawa beliau tidak pelik jika Aisyah r.a mempunyai pengetahuan tentang syair dan hari-hari kebesaran Arab, tetapi yang menimbulkan kehairanannya ialah kepakaran Aisyah dalam bidang rawatan.

gud bye ramadhan

Image
(183) Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa (AL-BAQARAH)

Daruratkah Doktor Muslimah Membuka Auratnya?

Image
Aurat seorang Muslimah seperti yang disepakati para ulama ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tidak kiralah doktor, jurutera, ahli bomba, guru atau pemimpin negara. Mengikut etika pemakaian dan kebersihan di dalam Operation Theater  (OT), doktor diwajibkan membasuh tangan dengan air bersih ataupun air panas, memakai sut uniform OT dan semua pakaian luar selain itu mesti ditanggalkan. in OT uniform Bagi doktor Muslimah sewaktu di dalam OT, didakwa tudung merupakan faktor terbesar penyebar bakteria. Manakala good hygiene  (kebersihan yang baik) amat dititikberatkan di dalam OT. Jadi, benarkah darurat bagi seorang doktor Muslimah membuka auratnya di dalam OT dengan memakai sut uniform yang mendedahkan lengan, bertopi seperti shower cap  yang menampakkan bentuk leher dengan alasan tudung sebagai faktor terbesar penyebar bakteria?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Telah hampir 2 tahun saya meninggalkan bumi maahad dan asrama puteri. Tanggal 31 Disember 2010, secara rasmi saya bergelar ex-maahadian . Benar, saya teramat sangat bersyukur dimasukkan di sini. Percaturan Allah yang penuh rahsia. See, ada 4 kata penguat di situ. 'Sungguh', 'ter', 'amat', 'sangat'. suasana asrama puteri 2 tahun yang lalu Summer break kali ini (1st time balik Malaysia setelah 11 bulan di perantauan),  saya ambil kesempatan untuk melawat maahad tercinta serta asrama puteri yang telah dihuni selama 5 tahun. Bertemu cikgu-cikgu, adik-adik dan melihat pembaharuan yang berlaku di asrama. Subhanallah, sangat beruntung adik-adik asrama sekarang. :D