Posts

my d-zine in 1st year

Image
alhamdulillah... dengan berbekalkan minat.. & bakat yang tak seberapa.. + idea yang tak berkembang... dapat juga saya belajar Adobe Photoshope ^_^ itu pun, sebab saya ditaklifkan untuk memegang Unit Multimedia dalam Unit AQSA PERUBATAN... semua AJK kena hantar beberapa design bookmark untuk AQSA.. jadi, saya pun join la bengkel mempelajari Adobe Photoshop...

simbolik TADHIYYAH

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hari Raya Aidiladha amat sinonim dengan tadhiyyah, yakni pengorbanan.. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan Siti Hajar serta anak mereka Nabi Ismail as.. Namun sejauh mana manifestasi tadhiyyah itu di dalam diri anda, saya & mereka..?? Sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan..?? Pengorbanan memerlukan jiwa yang besar.. Terhasil atas nilai kasih sayang.. Terlahir atas nilai aqidah.. Gami' Nur di pagi raya Tiada pengorbanan tanpa kasih sayang.. Tiada erti tadhiyyah tanpa aqidah yang sahih..

78 - 13 = ??

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... :D Alhamdulillah... 78 - 13 = ?? ^^, apa maksud entry ni ea..?? huhu... xda maksud yg special pun... 78 = 78 bulan tempoh pengajian kuliah perubatan dkt mesir.. = 6 1/2 tahun lama tuh...itu pun klu x tersangkut... 13 plak??  alhamdulillah, dah 13 bulan saya berada di mesir..eh, chup..hari tu dah balik Malaysia 1bulan...kiranya pengalaman duk mesir 12bulan je lah... ni kawasan bawah rumah... malam2, bising dgn budak2 arab main pingpong+pool

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH ^^

Image
Alhamdulillah...Segala puji bagi allah, tuhan sekalian alam 15 september 2012..Saya kembali menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini, bersama 1001 azam dan semangat baru.. Tak sangka segala urusan kemasukan ke Mesir ini menjadi mudah. Iyalah, agak berdebar-debar apabila berurusan sendirian. Bermula dari Penang Airport , kemudian KLIA.. Doha Airport & Cairo Airport .. Alhamdulillah, tak ada yang tersangkut. Jadual kuliah pun dah keluar. Cuma buku teks belum beli lagi. Dah naik tahun 2..huhu..cepatnya masa berlalu.. Tak sabar nak mulakan tahun pengajian yang baru.. Stay awake, stay strong & do your best.. SELAMAT KEMBALI KE KULIAH kawan-kawan

Melawan LEMAH SEMANGAT

Image
Sebagai seorang pelajar dan seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri. Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang amat lemah, hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa saya serahkan segala usaha. Insan dikurniakan perasaan yang mewarnai hidup untuk menempuh dunia penuh suka dan duka. Cuma bagaimana seorang insan itu menghadapinya dan mengambil iktibar daripadanya. Pernahkah anda mengalami sindrom "lemah semangat"? Anda terasa "jatuh terduduk", downhearted  atau rasa terbuang dan disisihkan. Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang lagi untuk anda. Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada tenaga lagi untuk melawan.

Resepi Kuah Kacang Maklong :D

Bahan masakan 1 kg kacang (digoreng tanpa minyak) - buang kulit & blend (A) Blend sekali 8 batang serai 1 inci lengkuas 1 inci belacan 1/2 sudu kecil jintan (B) Blend sekali 4 labu bawang besar 1 labu bawang putih  RM 2.50 cili boh (kalau guna cili kering-RM1/buang biji) 1/2 kg gula pasir paket kecil asam jawa minyak Cara memasak Tumis Bahan A sehingga kekuningan/naik bau Masukkan Bahan B. Kacau + 10 minit Masukkan cili boh. Kacau Masukkan air asam jawa. Masak hingga terbit minyak Masukkan air. Masak hingga menggelegak Akhir, masukkan kacang, gula, garam. Masak hingga terbit minyak.

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Image
Penglibatan kaum wanita dalam bidang perubatan bukanlah satu yang asing dan baru, malah bermula pada zaman awal Islam lagi. Contohnya Aisyah r.a sendiri adalah seorang yang pakar dalam bidang rawatan sebagaimana yang diceritakan oleh Urwah bahawa beliau tidak pelik jika Aisyah r.a mempunyai pengetahuan tentang syair dan hari-hari kebesaran Arab, tetapi yang menimbulkan kehairanannya ialah kepakaran Aisyah dalam bidang rawatan.