Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)
بسم الله الرحمن الرحيم Telah hampir 2 tahun saya meninggalkan bumi maahad dan asrama puteri. Tanggal 31 Disember 2010, secara rasmi saya bergelar ex-maahadian . Benar, saya teramat sangat bersyukur dimasukkan di sini. Percaturan Allah yang penuh rahsia. See, ada 4 kata penguat di situ. 'Sungguh', 'ter', 'amat', 'sangat'. suasana asrama puteri 2 tahun yang lalu Summer break kali ini (1st time balik Malaysia setelah 11 bulan di perantauan), saya ambil kesempatan untuk melawat maahad tercinta serta asrama puteri yang telah dihuni selama 5 tahun. Bertemu cikgu-cikgu, adik-adik dan melihat pembaharuan yang berlaku di asrama. Subhanallah, sangat beruntung adik-adik asrama sekarang. :D
Comments
Post a Comment