Monday, September 17, 2012

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH ^^

Alhamdulillah...Segala puji bagi allah, tuhan sekalian alam

15 september 2012..Saya kembali menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini, bersama 1001 azam dan semangat baru..
Tak sangka segala urusan kemasukan ke Mesir ini menjadi mudah. Iyalah, agak berdebar-debar apabila berurusan sendirian. Bermula dari Penang Airport, kemudian KLIA..Doha Airport & Cairo Airport.. Alhamdulillah, tak ada yang tersangkut.


Jadual kuliah pun dah keluar. Cuma buku teks belum beli lagi.
Dah naik tahun 2..huhu..cepatnya masa berlalu..
Tak sabar nak mulakan tahun pengajian yang baru..
Stay awake, stay strong & do your best..
SELAMAT KEMBALI KE KULIAH kawan-kawan

Sunday, September 9, 2012

Melawan LEMAH SEMANGAT

Sebagai seorang pelajar dan seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri. Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang amat lemah, hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa saya serahkan segala usaha. Insan dikurniakan perasaan yang mewarnai hidup untuk menempuh dunia penuh suka dan duka. Cuma bagaimana seorang insan itu menghadapinya dan mengambil iktibar daripadanya.


Pernahkah anda mengalami sindrom "lemah semangat"? Anda terasa "jatuh terduduk", downhearted atau rasa terbuang dan disisihkan. Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang lagi untuk anda. Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada tenaga lagi untuk melawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...