Melawan LEMAH SEMANGAT
Sebagai seorang pelajar dan seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri. Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang amat lemah, hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa saya serahkan segala usaha. Insan dikurniakan perasaan yang mewarnai hidup untuk menempuh dunia penuh suka dan duka. Cuma bagaimana seorang insan itu menghadapinya dan mengambil iktibar daripadanya.
Pernahkah anda mengalami sindrom "lemah semangat"? Anda terasa "jatuh terduduk", downhearted atau rasa terbuang dan disisihkan. Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang lagi untuk anda. Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada tenaga lagi untuk melawan.
Seringkali saya merasai perasaan seperti ini ketika menempuh musim peperiksaan. Timbul perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Merasakan apa yang telah dipelajari selama ini hanya sia-sia. Awas! Inilah perangkap syaitan durjana untuk melemaskan anda dalam perasaan. Jangan biarkan ia bermaharajalela. Disini saya ingin kongsikan bagaimana mengatasi sindrom "lemah semangat" ini. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh anda aplikasikan:
1. Kekuatan Kerohanian
Ingat dan fikir tentang kebesaran Allah swt yang memberi kita kehidupan seperti udara untuk bernafas, makanan dan minuman untuk mendapatkan tenaga, keluarga yang baik, pakaian untuk menutup aurat dan rumah untuk berlindung. Apakah peluang kehidupan ini layak kita sia-siakan pada saat sebahagian orang lain dirundung malang?
Sentiasalah berada dalam keadaan bersuci dan berwuduk. Jangan tinggal solat, malah tunaikan solat pada awal waktu. Luangkan masa untuk membaca al-Quran. Basahkan lidah dengan doa, munajat, selawat, zikir, tahmid dan tahlil supaya boleh menenangkan kalbu anda dan memberi semangat kepada diri sendiri. Bertawakallah kepada Allah swt setelah anda gigih berusaha.
Rasai dan hayati ibadah yang anda tunaikan supaya dapat menghidupkan jiwa dan hati anda. Ibadah yang berkesan akan menyegarkan jiwa jika anda lakukannya dengan khusyuk dan ikhlas.
2. Kekuatan Berjemaah
Selalulah berjumpa dengan sahabat baik untuk berkongsi buah fikiran serta masalah. Jangan berkurung seorang diri di dalam bilik. Banyakkan solat berjemaah di masjid atau surau. Bermusafirlah secara berjemaah. Lakukan aktiviti harian secara berjemaah seperti berkongsi pengangkutan, makan, riadah, rehat, tidur, membeli-belah dan menziarahi sahabat.
Dengan berjemaah, kekuatan semangat orang lain boleh memberi manfaat kepada kita. Masa kita tidak terbiar kosong tanpa pengisian dan teman. Bukankah Allah swt memberi pengajaran kepada kita bahawa solat berjemaah akan diberi pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian?
3. Kekuatan Kesedaran
Anda harus sedar dan peka terhadap apa-apa sahaja yang sedang anda lakukan. Fikirkan sebanyak-banyak manfaat bagi sesuatu perbuatan yang anda lakukan. Apakah faedah yang akan anda dapat daripada sesuatu aktiviti?
Siasatlah tentang pelbagai kesan negatif yang akan timbul atau akibat buruk yang akan menimpa jika anda tidak melakukan sesuatu perkara. Visualkan kesulitan dan penderitaan yang akan anda alami ketika impian dan cita-cita anda tidak tercapai akibat menuruti sifat lemah semangat dan rendahnya tekad dalam diri daripada bertindak. Bagaimana anda berupaya membahagiakan orang yang anda sayangi jika diri anda sendiri belum berhasil menggapai cita-cita?
Jangan biarkan diri anda dikuasai minda dibawah sedar sepanjang masa. Seorang mukalaf akan dipertanggungjawabkan atas perkara yang dia lakukan di dunia tatkala berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak.
4. Kekuatan Minda Positif
Hadapi masalah kehidupan yang menimpa dengan senyuman dan kesabaran. Anggaplah semua masalah yang melanda dalam kehidupan sebagai titik bengik yang akan menjadikan dada dan jiwa anda semakin kental. Jadikan masalah itu sebagai penempa diri dan pemacu semangat. Kaitkan masalah hidup yang anda alami dengan impian. Masalah ini muncul kerana impian belum sampai ke puncaknya.
Yakinlah, masalah hidup akan mendewasakan dan menguatkan hati kita untuk melangkah. Sentiasalah memupuk hati dan jiwa sehingga ia semakin tegap dan kuat dalam diri kita. Allah swt telah berjanji bahawa di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan. Di sebalik kesulitan pula selalu ada hikmah yang tersembunyi. Allah Yang Maha Perancang.
5. Kekuatan Impian
Impi dan bayangkan tujuan hidup anda. Bukankah anda sering berangan-angan? Cuba impikan sesuatu yang produktif, positif dan cemerlang. Hasilnya akan membangkitkan motivasi diri. Jika anda seorang mahasiswa, cuba bayangkan anda akan lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir dan menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen. Kuasa impian mampu membangkitkan motivasi.
Bayangkan juga kebahagiaan, kenikmatan dan keindahan yang akan dikecapi ketika impian anda tercapai. Bayangkan dengan kuat dan bersungguh-sungguh bahawa anda mesti menuju ke sana. Jika hari ini anda lalai, maka semua bayangan itu hanya akan tinggal bayangan semata-mata. Namun jika anda terus bekerja dan bertindak, maka anda pasti akan sampai ke sana.
Ambil sehelai kertas dan tuliskan 10 impian anda dalam hidup. Mulakan dengan impian yang paling rendah dan paling hampir yang mampu anda capai. Kemudian tingkatkan kepada impian tahun-tahun mendatang.
Beritahu diri anda bahawa anda bukan orang sebarangan, tetapi seorang yang penuh dengan impian. Tampal di dinding bilik atau simpan di dalam dompet. Sekali-sekala buka dan baca.
6. Kekuatan Tindakan
Berangan-angan sepanjang masa tidak akan mendatangkan apa-apa faedah jika anda tidak bertindak. Ikuti program motivasi melalui ceramah, tazkirah, kuliah subuh, seminar, kursus, kem, forum, pameran dan ekspo. Anda akan dilatih dengan kaedah memotivasikan diri. Di sana anda berpeluang untuk bertemu dengan orang yang hebat-hebat.
Baca buku yang mudah dahulu, contohnya daripada genre motivasi. Membaca buku motivasi akan membantu anda kemballi bersemangat.
Letakkan kata-kata pembakar semangat di tempat yang mudah dilihat seperti di atas meja belajar, pintu almari, dinding, bilik tidur, pintu, skrin komputer, wallpaper telefon bimbit atau dompet.
Catat rancangan harian anda. Anda berasa lemah semangat mungkin kerana tidak pasti perkara apa yang harus dilakukan pada hari tersebut. Ambil sehelai kertas kecil, tuliskan bebrapa aktiviti yang peru anda lakukan. Jangan bersandar pada ingatan semata-mata. Misalnya:

- Hantar tugasan atau laporan
- Pulangkan buku di pusat sumber
- Belajar secara berkumpulan pada jam 3 petang
- Bermain bola pada jam 6 petang
- Menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid
- Menyertai halaqah usrah pada jam 9 malam
- Mengulangkaji pelajaran pada waktu malam
- Menelefon nenek di kampung
Jangan tunggu bersemangat baru hendak bertindak. Bertindaklah, anda akan bersemangat. Walaupun berat untuk mulakan, paksa diri untuk memulakannya. Apabila sudah mula, semua perbuatan akan terasa ringan.
Anda seperti sedang berjalan di sebuah lorong. Tiba-tiba, ada sebatang dahan patah yang menghalang laluan. Kalau anda tidak mengalihkannya, maka jalan anda akan terus tersekat. Tetapi kalau anda berhenti sebentar, kerahkan tenaga untuk mengangkat dan mengalihkan dahan tersebut, maka perjalanan anda akan lancar seterusnya.
Sumber: Solusi Isu No.47
Penulis asal: Dato' Haji Muhammad Zakaria
Wahh.sangat baik pengisian ini.. Cadangan2x yg baik dan boleh di praktik kan. Bleh x saya bertanya?
ReplyDeleteWahh.sangat baik pengisian ini.. Cadangan2x yg baik dan boleh di praktik kan. Bleh x saya bertanya?
ReplyDeleteAlhamdulillah ditemukan Allah dgn pengisian yg cukup padat. Moga dpt dilakukan dgn sebaik2nya. Perubahan yg positif. In shaa Allah moga dipermudahkn...aamiin. tkasih sahabat.
ReplyDelete