Tuesday, August 28, 2012

Resepi Kuah Kacang Maklong :D


Bahan masakan
  • 1 kg kacang (digoreng tanpa minyak) - buang kulit & blend
(A) Blend sekali
  • 8 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
  • 1/2 sudu kecil jintan
(B) Blend sekali
  • 4 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  •  RM 2.50 cili boh (kalau guna cili kering-RM1/buang biji)
  • 1/2 kg gula pasir
  • paket kecil asam jawa
  • minyak
Cara memasak
  • Tumis Bahan A sehingga kekuningan/naik bau
  • Masukkan Bahan B. Kacau +10 minit
  • Masukkan cili boh. Kacau
  • Masukkan air asam jawa. Masak hingga terbit minyak
  • Masukkan air. Masak hingga menggelegak
  • Akhir, masukkan kacang, gula, garam. Masak hingga terbit minyak.

Monday, August 27, 2012

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?


Penglibatan kaum wanita dalam bidang perubatan bukanlah satu yang asing dan baru, malah bermula pada zaman awal Islam lagi. Contohnya Aisyah r.a sendiri adalah seorang yang pakar dalam bidang rawatan sebagaimana yang diceritakan oleh Urwah bahawa beliau tidak pelik jika Aisyah r.a mempunyai pengetahuan tentang syair dan hari-hari kebesaran Arab, tetapi yang menimbulkan kehairanannya ialah kepakaran Aisyah dalam bidang rawatan.

Saturday, August 18, 2012

gud bye ramadhan



(183) Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
(AL-BAQARAH)

Tuesday, August 14, 2012

Daruratkah Doktor Muslimah Membuka Auratnya?

Aurat seorang Muslimah seperti yang disepakati para ulama ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tidak kiralah doktor, jurutera, ahli bomba, guru atau pemimpin negara.

Mengikut etika pemakaian dan kebersihan di dalam Operation Theater (OT), doktor diwajibkan membasuh tangan dengan air bersih ataupun air panas, memakai sut uniform OT dan semua pakaian luar selain itu mesti ditanggalkan.
in OT uniform


Bagi doktor Muslimah sewaktu di dalam OT, didakwa tudung merupakan faktor terbesar penyebar bakteria. Manakala good hygiene (kebersihan yang baik) amat dititikberatkan di dalam OT.

Jadi, benarkah darurat bagi seorang doktor Muslimah membuka auratnya di dalam OT dengan memakai sut uniform yang mendedahkan lengan, bertopi seperti shower cap yang menampakkan bentuk leher dengan alasan tudung sebagai faktor terbesar penyebar bakteria?

Monday, August 13, 2012

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah hampir 2 tahun saya meninggalkan bumi maahad dan asrama puteri. Tanggal 31 Disember 2010, secara rasmi saya bergelar ex-maahadian. Benar, saya teramat sangat bersyukur dimasukkan di sini. Percaturan Allah yang penuh rahsia. See, ada 4 kata penguat di situ. 'Sungguh', 'ter', 'amat', 'sangat'.

suasana asrama puteri 2 tahun yang lalu


Summer break kali ini (1st time balik Malaysia setelah 11 bulan di perantauan), saya ambil kesempatan untuk melawat maahad tercinta serta asrama puteri yang telah dihuni selama 5 tahun. Bertemu cikgu-cikgu, adik-adik dan melihat pembaharuan yang berlaku di asrama. Subhanallah, sangat beruntung adik-adik asrama sekarang. :D

Sunday, August 5, 2012

.:solehah:.

anak SOLEHAH
wanita SOLEHAH
isteri SOLEHAH

          siapa yg xingin menjadi solehah? menjadi solehah impian setiap yg bergelar gadis...
tapi...apakah kita layak bergelar solehah..?? bagaimana hubungan kita dgn Allah SWT, Tuhan Yg Menciptakan, Pemberi Rezeki, yang hanya padaNya layak segala pujian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...