Posts

Showing posts from February, 2013

jaulah turki winter break 2013 ^.^_3

Image
3rd day trip diskusi sebahagian daripada kitab Risalah An-Nur oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul mengenai ikhlas dan ukhuwah Hari Rabu. 30 Jan 2013. Hari ini kami memulakan sesi diskusi kitab kerana kami hanya akan berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja hari ini. Tempat- tempat yang akan kami lawati hari ini ialah: 1. Selat Bosporus 2. Camlica Hill 3. Dolmabahce Palace 4. Abu Ayyub Al-Ansari Mosque

jaulah turki winter break 2013_2

Image
2nd day trip Pagi pertama menunaikan Solat Subuh di bumi Turki...Waktu Subuh di sini masuk agak lewat sedikit daripada di Mesir..pukul 5.43 pagi... Saya dan roommate  menunggu azan dikumandangkan....jam sudah menunjukkan 5.55 pagi..azan yang ditunggu masih belum kedengaran... Saya terfikir, 'Takkan negara ni sekular sangat sampai azan Subuh pun tak ada..??'   Astaghfirullahal 'azim...sungguh tak baik pemikiran ni kan...hmm...rupa-rupanya, menurut Ustaz Fauzan (ustaz yang handle  trip kami) negara Turki mengamalkan mazhab Hanafi.. Menurut mazhab ini, mereka melewatkan solat Subuh ke hujung waktu.. Ooo..baru tahu... Usai kami menunaikan Solat Subuh secara berjemaah dalam bilik hotel, barulah azan berkumandang... Hari ini kami akan bermusafir ke Bandar Bursa, tempat terawal yang dikuasai oleh Osman Gazi ketika mula-mula membuka Turki.. Perjalanan ke sana dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 3 jam..jadi kami perlu berkumpul awal di lobi..jam 7.30 pagi...

jaulah turki winter break 2013 ^.^ _1

Image
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar... Akhirnya ku jejak jua kaki di bumi yang pernah berdirinya Khilafah Turki Uthmaniyah..iaitu khilafah islamiyah yang terakhir sebelum dijatuhkan oleh Mustafa Kamal al-Laa'ii jalan2 di turki sebuah taman berdekatan dgn masjid