Posts

Showing posts from March, 2013

Alhamdulillah~

Image
Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. ^_^ Dah genap setahun dah saya menceburkan diri dalam bidang grafik. Tak banyak pun design yang saya dah buat, tapi rasa macam tak percaya lihat hasil sekarang berbanding hasil kerja setahun yang lalu. Alhamdulillah, Allah gerakkan tangan ini, memberikan idea & ilham. Kalau diimbau kembali,  tak gambar rasa bersyukur & berterima kasih kepada k.Hanisah Hashim. Dialah yang men'taqdim' saya untuk unit multimedia AQSA. Setiap AJK wajib mendesign 1 bookmark berkaitan dengan AQSA. Waktu sekolah, tak reti langsung guna Adobe Photoshop. Pernah buka, tengok sekali...tapi blur..' dok pahe gapo ' Minat memang ada, tapi tak berkesempatan belajar. Daripada situ, saya belajar guna PSD melalui youtube. Kemudian, hadir kursus grafik anjuran Jabatan Grafik PERUBATAN. Maklumlah, budak baru belajar. There, I develop my skills.  Kami kena design 1 bookmark. Kena hantar & dikomen dihadapan semua peserta. Huhu..

masa ^^

Image
maaf... perkongsian pengalaman saya untuk hari-hari seterusnya di Turki masih belum sempat dihabiskan... terasa seperti 'melepaskan batuk ditangga'... masa begitu mencemburui... insyallah...saya akan habiskan perkongsian itu nanti.... semester kedua, tahun 2 kuliah perubatan.... perlu habiskan semua teori sistem badan, berkaitan dengan anatomi, fisiologi, biochemistry , dan histologi.... kalau tahun ni tak lepas, tak dapat naik tahun.... Allahu Rabbi.. doakan moga dipermudahkan.... dan ilmu itu melekat di dada...bukan hanya pada buku... next week  ada assessment 3... harap sangat dapat buat yang terbaik... berharap sahaja tak memadai.... KENA BUAT YANG TERBAIK!!! 23 mac-MCQs ANATOMY (abdomen, special embryology, neuroanatomy) 25 mac-MCQs PHYSIOLOGY 28 mac-practical HISTOLOGY 30 mac-MCQs BIOCHEMISTRY doakan ye!!