..::KITARAN JANTUNG::..

Bismillahirahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

        Insyallah, pada kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai topik yang baru dipelajari dalam topik Cardiovacsular System-Cardic Cycle..


******

ANATOMI JANTUNG


         Ini adalah anotomi jantung yang perlu diketahui untuk memahami kitaran jantung. Setiap bahagian jantung ini memainkan peranannya yang tersendiri untuk memastikan kitaran ini dapat berfungsi dengan maksimum dan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

*****

KITARAN JANTUNG
        
         Kitaran jantung bermaksud perubahan mekanikal yang berlaku pada jantung dalam satu denyutan merangkumi perubahan kuantiti (volume), perubahan tekanan (pressure) dan perubahan aliran darah yang berlaku di setiap ruang (chamber) dan saluran darah (arteries & veins) pada jantung. Begitu juga dengan perubahan pada injap (valve) samada terbuka atau tertutup.

        Dalam setiap kitaran jantung, terdapat dua proses yang berlaku pada jantung iaitu proses relaksasi (diastole) dan pengecutan (systole) otot yang silih berganti. Kedua-dua proses ini amat penting untuk memancutkan darah(=mengosongkan darah dari kedua-dua ventricles) dan mengisi semula darah ke dalam setiap ventrikel.

         Dalam proses ini, ventrikels (ventricles) bertindak sebagai pam tekan-sedut yang merupakan salah satu Sistem Tekanan Tinggi sewaktu pengecutan dan membolehkan ventrikels memancutkan darah ke arteri, kemudian bertukar menjadi salah satu Sistem Tekanan Rendah yang membolehkan ventrikels diisi oleh darah daripada atria.

          Atria bukanlah pam yang menghasilkan tekanan seperti ventrikels tetapi pengecutan atria membantu pengisian darah ke dalam ventrikels ketika ventrikels sedang relaks.

          Tempoh kitaran jauntung ini amat pantas iaitu 0.8 saat dalam kadar denyutan jantung 75bpm (beat per minute). Relaksasi jantung merupakan 2/3 daripada kitaran tersebut(=0.53 saat) manakala pengecutan jantung 1/3 kitaran(=0.27 saat). 
    
          Subhanallah!! Ciptaan Allah yang tidak dapat digambarkan kepantasannya berada pada tubuh badan kita masing-masing. 

FASA-FASA KITARAN JANTUNG

    Terdapat 8 fasa yang berlaku dalam kitaran jantung ini: 


  • Pengecutan atria (atrial systole)
  • Pengecutan isovolumetrik (isovolumetric contraction)
  • Pemancutan pantas (rapid ejection)
  • Pemancutan berkurangan (reduced ejection)
  • Protodiastole
  • Relaksasi Isovolumetrik (isovolumetric relaxation)
  • Pengisian pantas (rapid filling)
  • Pengisian berkurangan (reduced filling)

Fasa 1: Pengecutan Atria (Atrial Systole)>>>>0.1 saat

      
          Pengecutan atria bertindak sebagai fasa pertama dalam kitaran jantung yang baru manakala ventrikels masih lagi berada dalam fasa terakhir dalam kitaran jantung yang sebelumnya. Fasa ini berakhir sebelum ventrikels mula mengecut.

         Fasa ini juga membantu sebanyak 20-30% ketika fasa mengisi darah ke dalam ventrikels sewaktu denyutan jantung normal. Peranan fasa ini menjadi bertambah penting sewaktu kondisi denyutan jantung meningkat.  

Perubahan yang berlaku pada:
  • Tekanan atria: Meningkat dan membentuk a wave
  • Tekanan ventrikels: Meningkat sedikit
  • Tekanan aorta: Menurun disebabkan injap semilunar masih tertutup, tidak berlaku pemancutan darah
  • Volume ventrikels: Meningkat & mencapai tahap maksima; EDV:~130ml
  • Injap: Injap A-V masih terbuka & injap semilunar tertutup
  • Bunyi jantung: Tidak didengari kebiasaannya, tetapi dapat dikesan penghasilan bunyi melalui phonocardiogram
  • ECG: Pembentukan P wave 0.02 saat sebelum fasa ini
Pengecutan Ventrikels: Terdapat 3 fasa>>>


to be continued...


Comments

  1. ayat x sedap...first trial tulis bhan ilmiah..huhu..klu dah pandai tulis ayat sedap2, bleh tulis buku medik dlm bahasa melayu...insyallah

    ReplyDelete
  2. waa..xpa long..mantap tu..can be improved..along try baca tips2 blog islami kat langitilahi.com ...eg: http://langitilahi.com/6219 ..angah pon baru nampak jalan..

    ReplyDelete
  3. sis, sambungan dia tak ada ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)