Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)
بسم الله الرحمن الرحيم
Telah hampir 2 tahun saya meninggalkan bumi maahad dan asrama puteri. Tanggal 31 Disember 2010, secara rasmi saya bergelar ex-maahadian. Benar, saya teramat sangat bersyukur dimasukkan di sini. Percaturan Allah yang penuh rahsia. See, ada 4 kata penguat di situ. 'Sungguh', 'ter', 'amat', 'sangat'.
Summer break kali ini (1st time balik Malaysia setelah 11 bulan di perantauan), saya ambil kesempatan untuk melawat maahad tercinta serta asrama puteri yang telah dihuni selama 5 tahun. Bertemu cikgu-cikgu, adik-adik dan melihat pembaharuan yang berlaku di asrama. Subhanallah, sangat beruntung adik-adik asrama sekarang. :D
Yang masih berada di asrama dan sempat saya bersama mereka adalah adik-adik Tingkatan 3, 4 & 5. Mereka masih mengenali saya. Rindu. Kebetulan pada hari tersebut Ustazah Habibah mengumpulkan semua pelajar asrama untuk memberi kata-kata akhir sebelum pulang bercuti menyambut hari raya. Ustazah menjemput saya memberi sepatah dua kata kepada semua adik-adik asrama. Allah. Sudah lama saya tidak bercakap di hadapan. Kelu. Perkenal diri. Paused. Sedikit kalam taujihat.
Adik-adik excited ingin mengetahui perkembangan saya belajar di Mesir. Saya dikerumuni oleh adik-adik. Bertanyakan rahsia belajar. Bagaimana saya membahagi masa. Susah atau tidak belajar medic di Mesir.
Saya lebih rapat dengan adik-adik Tingkatan 4 kerana mereka berada di Tingkatan 2 semasa saya berada di Tingkatan 4. Tanggungjawab sebagai Timbalan Exco Biro Sahsiah & Rohani membuatkan saya agak rapat dengan mereka. Adik-adik yang berada di Tingkatan 5 sekarang kebanyakannya bukan 1 blok dengan saya. Yang 1 blok dengan saya ramai yang sudah keluar asrama dan tinggal di rumah sewa.
Manakala adik-adik Tingkatan 3 merupakan adik-adik Tingkatan 1 sewaktu saya berada di Tingkatan 5. Tanggungjawab sebagai S/U dan kesibukan study membuatkan saya kurang rapat dengan mereka. Lebih banyak berada di bilik prep. Mujur adik-adik usrah yang saya pegang agak rapat. Mereka menegur saya. Maklumlah nama-nama mereka agak kabur di ingatan. Adik-adik lain saya hanya dapat cam muka, dapat meneka mereka Tingkatan 3 kini.
Melihat barisan kepimpinan asrama, teringat akan jerih perih yang pernah kami lalui. Entah mengapa tanpa dapat saya kawal, mata terasa hangat. Sangat-sangat memahami apa yang mereka sedang lalui. Ok, maybe bukan 100% faham sebab cabaran masing-masing berbeza. Apa yang mampu saya ucapkan, 'Sabarlah, insyallah kamu kuat'. Berada di barisan kepimpinan, ukhuwah sesama sendiri perlu dikuatkan terlebih dahulu. Sama-sama mengharungi badai.
Saya dibawa oleh bekas adik dorm melawat kawasan asrama. Banyak pembaharuan yang dilakukan. Bangunan baru. Surau baru. Pembinaannya bermula ketika batch saya sedang mengambil SPM. Tahun 2010. Tidak sempat kami merasainya. Huhu..
Saya sangat bersyukur berada di MMAS. Tidak dapat saya gambarkan betapa bersyukurnya saya. Setibanya di rumah pulang dari Alor Star, saya buat sujud syukur. Bercucuran air mata kesyukuran. Ingin berkongsi perasaan itu dengan adik-adik sekalian. Tapi saya bukan seorang yang pandai meluahkannya dengan berkata-kata. Menulis pun tidak pasti dapat atau tidak merasainya seperti yang saya rasa. Cuma berharap dapat berkongsi rasa syukur.
Di penghujung tahun, kami semua berdebar-debar untuk mengetahui samada kami dapat terus kekal berada di asrama atau tidak. Bukan semua orang dapat masuk asrama. Terlalu banyak permohonan asrama yang diterima oleh pihak sekolah menyebabkan syarat-syarat kemasukan ke asrama terpaksa diketatkan saban tahun. Maka, akan berkuranganlah bilangan pelajar asrama dalam satu-satu batch dari tahun ke tahun.
Ikuti sambungannya.....^^,

suasana asrama puteri 2 tahun yang lalu |

**********
Seusai UPSR, saya hanya menurut kata umi & ayah yang mahukan saya menghadiri temuduga kemasukan ke Maktab Mahmud. Satu nama yang cukup asing bagi saya. Tidak pernah didengari. Sekolah-sekolah yang saya tahu waktu itu adalah SMKAK, MRSM dan beberapa sekolah lain yang famous. Rupa-rupanya Maktab Mahmud juga merupakan salah sebuah sekolah yang famous bagi yang mahukan anak mereka mendapat pendidikan agama.
Sekolah yang melahirkan ramai agamawan seperti Ustazah Bahiyyah dan suaminya Ustaz Akasyah, mufti-mufti, kadi malah doktor yang disegani seperti Dr Jamnul Azhar.
Pada hari yang sepatutnya saya mendaftarkan diri ke SMKAK, surat tawaran kemasukan ke MMAS sampai di rumah. Dapat tinggal di asrama. Ayah yang sudah memohon cuti untuk pendaftaran ke SMKAK terus ke MMAS untuk membeli barang keperluan. Saya hanya menurut. Memilih untuk berdiam diri walaupun sebenarnya memberontak dalam hati. Terpaksa berpisah dengan kawan baik yang sama-sama dapat SMKAK.
Sehari sebelum sekolah bermula, semua pelajar asrama mendaftar masuk. Alhamdulillah, seorang kawan baik yang lain juga dapat MMAS. Jadi, ada kawan. Saya tinggal di Dorm E, Blok B. Manakala kawan saya tersebut di Blok A.
Kebanyakan kawan-kawan sebaya dari sekolah agama. SRIDA, SRIDU, ISLAH, SRAZ dan lain-lain sekolah rendah agama. Mereka biasa menghafal. Biasa belajar subjek yang banyak. Saya, dari sekolah kebangsaan memang agak sukar untuk berkawan dengan mereka. Mereka sudah saling mengenali. Wujud sedikit asabiah. Asabiah SRIDA, SRIDU dan lain-lain. Apatah lagi saya seorang pemalu. ^^
Pada mulanya memang saya terasa seperti mahu give-up. Ustazah suruh tengok kamus kalau tak tahu maksud. Kena salin teks dari buku teks, kemudian ustazah akan bagi maksud. Semua kena tulis dalam tulisan jawi atau bahasa Arab. Kena menghafal, ustazah nak tasmi'.
Berkat kesungguhan para pengajar, dalam peperiksaan akhir Tingkatan 1, saya mendapat tempat ke-4 secara keseluruhan di bahagian puteri. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang berbeza markah 0.1 atau 0.2 dari sekolah agama. Syukur alhamdulillah. Mereka yang memperoleh tempat 1, 2 & 3, akan dapat mengambil hadiah di atas pentas ketika Idul Ilmi tahun seterusnya.
Seperti kawan-kawan yang lain, saya juga mengikuti program-program BDK, Pengawas. Mula mengenali usrah. Terasa betapa hebatnya kawan-kawan. Mereka mampu bercakap di hadapan, memberikan komentar. Terpancar kewibawaan mereka. Saya hanya mampu mengagumi mereka dari jauh. Masih segan dengan rakan-rakan yang berkepimpinan. ~.~
Dalam banyak-banyak subjek, saya paling suka Seni Khat. Pasti kerja rumah Khat yang diberikan akan dilangsaikan tanpa bertangguh. Saya masih ingat lagi, saya suka buat latihan. Banyak buku latihan yang umi beli. Tapi hanya subjek akademik saja lah. Subjek Azhar, tak dapat tidak, mesti dihafal. Unless, u can't answer the questions.
Manakala di asrama, entah kenapa, akak-akak senior suruh saya jadi AJK Ibadah Dorm. Bayangkan baru Tingkatan 1, nak gerak akak Tingkatan 5 suruh pergi solat. Pastikan semua ahli bilik sudah solat. Tak ke kecut perut namanya..?? Takut beb!! Saya pun tak pasti sejauh mana saya menunaikan tanggungjawab yang 1 ni. Tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Di sini saya belajar baca Ma'thurat, juga belajar keluar outing dengan kawan-kawan. Bayangkan, 1st day kami keluar, kami berjalan kaki dari asrama puteri ke Alor Star Mall kerana menjangkakan ia hanya dekat. Pada waktu itu, Alor Star Mall baru sahaja dibuka. Nak tergelak bila diingat semula.
Sedikit sebanyak kerinduan dapat diubati. Sudah tidak rindu rumah lagi. Sibuk dengan program-program asrama. Akak-akak pandai mengambil hati kami, tidak membiarkan kami sendirian melayan kerinduan. Melayani kerenah kami adik-adik..:D Semakin hari semakin bertambah rasa sayang saya terhadap asrama ini. Amboih, bukan main dia.. Saya juga sudah mampu memberi tazkirah di dalam usrah :)
Di penghujung tahun, kami semua berdebar-debar untuk mengetahui samada kami dapat terus kekal berada di asrama atau tidak. Bukan semua orang dapat masuk asrama. Terlalu banyak permohonan asrama yang diterima oleh pihak sekolah menyebabkan syarat-syarat kemasukan ke asrama terpaksa diketatkan saban tahun. Maka, akan berkuranganlah bilangan pelajar asrama dalam satu-satu batch dari tahun ke tahun.
Ikuti sambungannya.....^^,
Comments
Post a Comment