Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?


Penglibatan kaum wanita dalam bidang perubatan bukanlah satu yang asing dan baru, malah bermula pada zaman awal Islam lagi. Contohnya Aisyah r.a sendiri adalah seorang yang pakar dalam bidang rawatan sebagaimana yang diceritakan oleh Urwah bahawa beliau tidak pelik jika Aisyah r.a mempunyai pengetahuan tentang syair dan hari-hari kebesaran Arab, tetapi yang menimbulkan kehairanannya ialah kepakaran Aisyah dalam bidang rawatan.


Menurut setengah pendapat tidak menjadi kesalahan bagi doktor wanita merawat pesakit lelaki dalam keadaan darurah sesuai dengan kaedah fiqh الضرورة تبيح المحظورات (darurah mengharuskan yang haram). Namun perlu diingat, ketika melakukan rawatan janganlah pula membawa kemudaratan yang lebih besar kepada samada doktor yang merawat, maruah pesakit mahupun masyarakat.

Keperluan darurat yang diizinkan syara' hanyalah dengan kadar yang diperlukan sahaja sesuai dengan kaedah fiqh ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها (apa yang diharuskan kerana darurah hendaklah ditentukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja).  Contohnya doktor terlibat hendaklah merawat seorang pesakit di bahagian yang memerlukan rawatan sahaja, tidak boleh berseronok-seronok dengan pesakit, tidak membuka aurat pesakit kecuali perlu dan sebagainya. Hujah yang mengharuskan doktor wanita merawat pesakit lelaki antaranya ialah: (al-Ustaz Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari 2004:57-58)
  1. Al-Rabi' binti Mi'waz pernah bersama dengan Rasulullah s.a.w di medan perang. Beliau bertugas merawat pejuang-pejuang Islam yang cedera dan membawa pulang mereka yang terbunuh dalam peperangan ke Madinah. Perkara ini telah disebutkan oleh Bukhari di dalam sahihnya. Menurut al-Asqalaniyy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari itu menjelaskan keharusan kaum wanita merawat lelaki asing kerana keperluan darurah.
  2. Rafidah al-Aslamiyyah merawat para pesakit dan mengkhususkan diri beliau untuk merawat mana-mana orang Islam yang sakit. Beliau juga pernah merawat Sa'ad bin Abi Waqas ketika beliau mengalami kecederaan dalam peperangan Khandak.
Sebahagian ulama mengharuskan rawatan doktor wanita ke atas pesakit lelaki dengan syarat tidak berlaku sentuhan atau pergeseran kulit antara doktor dan pesakit. Sebahagian yang lain, tidak mensyaratkan begitu kerana keadaan darurat memerlukan rawatan walaupun bersentuhan kulit.

Comments

  1. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)