jaulah turki winter break 2013_2

2nd day trip

Pagi pertama menunaikan Solat Subuh di bumi Turki...Waktu Subuh di sini masuk agak lewat sedikit daripada di Mesir..pukul 5.43 pagi... Saya dan roommate menunggu azan dikumandangkan....jam sudah menunjukkan 5.55 pagi..azan yang ditunggu masih belum kedengaran... Saya terfikir, 'Takkan negara ni sekular sangat sampai azan Subuh pun tak ada..??'  

Astaghfirullahal 'azim...sungguh tak baik pemikiran ni kan...hmm...rupa-rupanya, menurut Ustaz Fauzan (ustaz yang handle trip kami) negara Turki mengamalkan mazhab Hanafi.. Menurut mazhab ini, mereka melewatkan solat Subuh ke hujung waktu.. Ooo..baru tahu... Usai kami menunaikan Solat Subuh secara berjemaah dalam bilik hotel, barulah azan berkumandang...

Hari ini kami akan bermusafir ke Bandar Bursa, tempat terawal yang dikuasai oleh Osman Gazi ketika mula-mula membuka Turki.. Perjalanan ke sana dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 3 jam..jadi kami perlu berkumpul awal di lobi..jam 7.30 pagi...

Hari ini juga merupakan hari pertama kami merasakan makanan breakfast di sini.... Semuanya makanan Eropah....huhu...standard la makanan dekat hotel..iya tak?? Memang berkhasiat...cereals, breads (ada 10 jenis roti), soup, salad, fruits, cheese, yogurt...huhu..hari 1st ni mmg semua org ambil makanan byk....rambang mata..Tapi kurang kena sikit dgn tekak orang Malaysia..huhu..makanan Mesir jugak yang agak kena dengan tekak...Ish Ish...nak sedap ke nak sihat..??? Doktor, Doktor... ^^

jalan depan hotel

sementara tunggu yang lain, snap kejap ^^


Let's go to the bus!! Eh, where's the bus??

view from d' bus...geografinya berbukit bukau..bangunan tinggi, nampak padat

green scenery

bangunan bertingkat-tingkat atas bukit...xtahu la kes tanah runtuh macam mana di sini...nampak semuanya berpokok

lawa

tak pasti nama masjid ni..design masjid di sini kebanyakannya lebih kurang sama

perasan tak, atas jalan tak banyak kenderaan macam di Mesir?

tol untuk ke wilayah Bursa

perumahan & pembangunan di gigi selat...kalau tak silap, banyak yang ditambak

padat...sepadat Mesir..cuma Mesir tak ada warna..koko ja..di sini berwarna

masjid yang diberi nama Mimar Sinan Camii, bersempena nama Mimar Sinan the great architect

kami akan menaiki feri ini untuk ke Bursa...mengambil masa 35 minit..
lebih besar dari feri Penang

ya...bas dah naik feri

tangkap gambar kejap sebelum naik tingkat atas


terjumpa dengan seorang pakcik Turki...disebabkan language barrier, kami kurang dapat berkomunikasi dengannya...tapi menurut ustaz, beliau sangat terhutang budi dengan orang Malaysia kerana orang Malaysia telah membantunya ketika berada di Tanah Suci.. Beliau menghadiahkan masing-masing sebotol minyak wangi kepada ikhwah & akhawat...Subhanallah, pemurahnya

di tingkat atas, sambil bagi burung camar makan roti

comel gurlz


bergambar ramai-ramai...isteri dan anak Ustaz Nazrul pun ada...


5 minutes left before reach the port...get ready to get on the bus

kaya dengan tanaman zaitun...salah satu negara pengeluar zaitun yang terbesar di dunia....

pemandangan yang indah, menenangkan jiwa, mengingatkan diri kepada Al-Khaliq


memasuki salah sebuah daerah  (tak pasti samada Osman Gazi atau  Orhan Gazi nama tempatnya)

indah...Subhanallah

ladang zaitun...banyaknya umpama ladang kelapa sawit di Malaysia

sudah mula menaiki bukit Uludag..salji mula kelihatan

masih belum sampai ke puncak...tapi setakat ini sahaja bas kami mampu naik..bimbang bas hilang kawalan

Subhanallah....keputihan salji

putih

alamak, tenggelam..sejuk!!

wah...salji!!

huhu...terposing comei la plak ^^

steady

10 of us form batch OHANA

bersama ahli beit tercinta ^^

haila...seronok nampak..

alahai...sweet nye orang tu...ehem


rasa macam nak guling ja...

eksyen

amboih...mcm nak membaling je gaya nye...

dua orang ni....bersweet la plak...siap ada heart lagi

ukhuwah lillah

sign apa dekat belakang tu??? WC??
erk..tengah-tengah salji ni ada tandas?? sejuk..beku...brrr

hek elle...salji betul ke tu??

Alhamdulillah, dengan merasakan kesejukan salji ini, kami dapat merasakan betapa nikmatnya panas.. Begitulah juga, dengan merasakan kepanasan, hambaNya akan bersyukur dengan nikmat sejuk...

Di sini, kami berkumpul sebentar dan diajak bertafakur sejenak....memandang alam sekeliling yang memutih, pemandangan yang terbatas...

Falsafah Salji
Salji yang putih, banyak & tebal...dapat menutupi warna tanah
Salji yang putih, sedikit & nipis seperti yang berada di kaki bukit....masih kelihatan warna tanah....
Dapat diibaratkan kebaikan yang hendak dibawa, tidak boleh dibawa secara bersendirian, mesti berada dalam kumpulan atau jemaah...barulah dapat memadamkan kejahilan yang ada...
Setiap keping salji itu juga mempunyai bentuknya yang tersendiri, tidak ada yang sama...begitu juga dengan setiap individu...mempunyai keupayaannya yang tersendiri, bentuk & sifatnya yang tersendiri...tapi, kita semua mempunyai matlamat yang sama...iaitu membina semula khilafah islamiyah dan mengangkat Islam ke martabat yang paling tinggi...

Sekiranya dibayangkan pula keadaan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi dan para pengikutnya yang berjuang di negara 4 musim ini, Subhanallah...mereka diseksa dengan dibiarkan di dalam tahanan tanpa sebarang alas dan pemanas...berada dalam kesejukan..masih tetap utuh untuk menyebarkan Islam...supaya generasi akan datang dapat merasai cahaya Islam di negara ini...Di dalam tahanan itulah, terhasilnya sebuah karya agung..Risalah An-Nur...sebanyak 60 000 naskhah salinan berjaya ditulis..

all of us..d' members of 2nd trip

Selepas itu, kami di bawa makan ke salah sebuah restoran di sini..huhu...sebenarnya waktu ni, kami masing-masing masih belum tukarkan duit ke Turkish Lira...tak sempat nak pergi ke money exchanger..huhu....anyway, we've paid for this lunch...all are already included in our fees...uuu..sedap sangat....lebih kurang macam masakan Mesir....sup kacang+salathah+kebap+karamel...huhu...i think i couldn't finish it...but, surprisingly, i manage to finish it...huhu

kebap with no cholestrol sauce..yummy!!

kebanyakan jalannya sempit dan bangunan bersusun rapat

dekat Yesil Camii



dalam ni ada maqam Osman Gazi & anaknya Orhan Gazi

wait for d' others

hadapan Ulu Camii

Ulu Camii=Grand Mosque

Ulu Camii yang banyak tulisan khat...



kolam wuduk untuk lelaki di tengah masjid

Kisah Masjid Uludag di Bandar Bursa, Turki

Ketikamana pemerintah Uthmaniah ingin membina masjid di tempat ini, mereka membeli sebilangan rumah-rumah penduduk dengan membayarnya, bertujuan untuk meruntuhkan rumah tersebut untuk ruang pembinaan masjid ini.

Akan tetapi,salah seorang pemilik rumah tersebut yang beragama kristian menolak untuk menjual rumah miliknya lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa sebuah masjid akan didirikan diatas tapak rumahnya….

Para petugas berusaha bersungguh-sungguh menenangkannya namun dia masih berkeras atas sikap dan pendiriannya….
Setelah rundingan dan rayuan, dia bersetuju untuk menjualnya dengan harga yang tinggi tetapi telah mensyaratkan agar tidak didirikan sembahyang diatas tapak binaan rumahnya…!!

Maka para petugas membawa perkara ini ke pihak pemerintah. Kemudian datang jawapan hasil perbincangan dengan mufti: “ Sesungguhnya syarat ini diterima dan menjadi kewajipan menghormatinya pada pembinaan masjid ini”

Walaupun syarat ini sukar dilaksanakan atas sebab lokasi kedudukan rumah yang bertempat di tengah-tengah masjid, mereka telah mendapat ilham untuk merealisasikannya. Jurutera dan petugas mendirikan kawasan untuk berwudhu’ di tapak rumahnya maka sembahyang tidak boleh didirikan di situ lebih-lebih lagi setelah sempurna proses memagarinya. Dengan demikian, selesailah perlaksanaan persetujuan tersebut.

Lihatlah kepada keadilan dan toleransi Kerajaan Uthmaniah keatas rakyatnya, hinggakan seorang penduduk biasa -yang bukan beragama dengan agama rasmi kerajaan,bukan juga di atas agama Sultan dan Pemerintah yang amat diagungkan- telah mensyaratkan sesuatu ke atas kerajaan. Namun demikian tiada sesiapapun yang memaksanya secara kasar untuk meninggalkan rumahnya, sekalipun ianya atas dasar maslahat umum…..

Subhanallah..amat indah tulisan khat




bergambar dengan seorang gadis Turki...rata-rata fesyen mereka sebegini

air pancut di luar kawasan masjid


Kemudian kami pergi ke beberapa tempat lagi seperti Green Mosque..tetapi, kamera saya sudah kehabisan bateri...jadi tak dapat saya paparkan disini...gambar dari kamera kawan pun masih belum diambil lagi ^^

Semoga permusafiran ini mendapat redha Ilahi...bukan seronok semata-mata...
Jangan lupa ye untuk jejakkan kaki di bumi Allah yang indah ini...Suatu hari nanti, nak bawa umi & ayah & family bercuti ke sini....amiin..

[1] [2] [3] [4]

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)