jaulah turki winter break 2013 ^.^ _1

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar...

Akhirnya ku jejak jua kaki di bumi yang pernah berdirinya Khilafah Turki Uthmaniyah..iaitu khilafah islamiyah yang terakhir sebelum dijatuhkan oleh Mustafa Kamal al-Laa'ii

jalan2 di turki

sebuah taman berdekatan dgn masjid

pemandangan dari atas bas

Subhanallah...sungguh indah bumi ciptaan Allah di negara ini... geografinya...penduduknya...cuacanya...sekali pergi, memang teringin nak pergi lagi...rasa rindu dengan bumi Istanbul pulak... ^^

Alhamdulillah...perjalanan kami diiringi oleh Ustaz Nazrul membuatkan permusafiran ini tidak hanya terisi dengan sesi fotografi sahaja, malah, di setiap tempat, kami diajak memikir & bertafakur mengenainya... bermula dari sebelum perjalanan, kami diberi sedikit pengisian mengenai Adab Musafir...

Imam mazhab kita, iaitu Imam Syafie sendiri menggalakkan kita bermusafir...
lihatlah beliau sendiri...dilahirkan di Asqalan, Palestin...merantau mencari ilmu dan akhirnya meninggal dunia di bumi Mesir


http://zikiribadat.blogspot.com/2011/11/pesana-imam-syafie-musafir.html
1st day trip

Tiba di Sabiha Gokchen Airport, Turkey pada jam 3.30 ptg. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit dari Cairo International Airport. Suhu tempatan menunjukkan 4 darjah Celcius. Selepas selesai semua urusan di airport, kami meninggalkan kawasan airport dalam keadaan hujan renyai. Perjalanan ke hotel pula mengambil masa lagi 1jam 30minit (in turkish=1saat 30 dakikat)

Di atas bas, kami disambut oleh tour guide kami, Mr Omar..Sepanjang perjalanan, beliau menceritakan mengenai negara Turki..Menurutnya, 99% penduduk beragama Islam dan agak sukar untuk bertemu dengan penduduk yang beragama Kristian..


Facts 'bout Turkiye!!
Geography
Turkey is at the northeast end of the Mediterranean Sea in southeast Europe and southwest Asia. To the north is the Black Sea and to the west is the Aegean Sea. Its neighbors are Greece and Bulgaria to the west, Russia, Ukraine, and Romania to the north and northwest (through the Black Sea), Georgia, Armenia, Azerbaijan, and Iran to the east, and Syria and Iraq to the south. The Dardanelles, the Sea of Marmara, and the Bosporus divide the country. Turkey in Europe comprises an area about equal to the state of Massachusetts. Turkey in Asia is about the size of Texas. Its center is a treeless plateau rimmed by mountains.

Read more: Turkey: Maps, History, Geography, Government, Culture, Facts, Guide & Travel/Holidays/Cities — Infoplease.com http://www.infoplease.com/ipa/A0108054.html#ixzz2K1CpIteB 

Malam itu, kami dibawa ke ibu pejabat Istanbul Foundation of Islamic & Culture ( İstanbul İlim ve Kültür Vakfı ). Di sini, kami berkenalan dengan Said Nursi Badiuzzaman, pemikir & ulama yang mengarang kitab Risalah An-Nur di kala zaman kejatuhan Islam, Khilafah Turki Uthmaniyah dek rancangan jahat Zionis dan Mustafa Kamal laknatullah.


Ketika di Istanbul,rombongan Jaulah Thaqafiah ke Turkey 2013 telah dijemput menghadiri makan malam di ibu pejabat Istanbul Foundation of Islamic and Culture.

Para peserta dijamu dengan makanan masyarakat Turki dan diberi pengenalan tentang tokoh terkenal Turki, Syeikh Badiuzzaman Said Nursi serta beramah mesra bersama salah seorang anak murid Syeikh Badiuzzaman, Syeikh Afrinji.

Beliau memberi sedikit taujihat dan menceritakan pengalamannya bersama guru beliau. Buat pengetahuan,anak-anak murid Syeikh Badiuzzaman yang masih hidup pada masa ini hanya tiga orang sahaja.
Peserta juga dibawa melawati muzium mini yang menempatkan karya-karya asal tulisan Syeikh Badiuzzaman serta kitab Risalah Nur dan lain-lain.

Peluang ini jarang didapati bersama rombongan-rombongan lain. Sudah pasti para peserta tidak mensia-siakan peluang keemasan ini.

~ membudayakan jaulah berilmu ~

by: Thaqafiah Group

Antara koleksi buku karangan Said Nursi yang telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa

Antara tulisan Said Nursi ketika berada dalam tahanan


Anak murid Said Nursi yang masih hidup, Syeikh Afrinji

Antara link yang menceritakan biodata ringkas mengenai Said Nursi Badiuzzaman:
>> http://tamanulama.blogspot.com/2008/11/badiuzzaman-said-nursi-mujaddid-sufi.html

DO YOU KNOW??
  • Daulah Uthmaniyah >> 37 sultan 
  • 29 orang daripadanya >> menggunakan gelaran 'sultan'
  • Khalifatul Muslimin   bermula dari Sultan Salim I
  • Sultan Abdul Majid II >> khalifah terakhir, hanya menggunakan gelaran khalifah sahaja (tanpa 'sultan')

[1] [2] [3] [4] 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)