jaulah turki winter break 2013 ^.^_3
3rd day trip
Hari Rabu. 30 Jan 2013. Hari ini kami memulakan sesi diskusi kitab kerana kami hanya akan berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja hari ini. Tempat- tempat yang akan kami lawati hari ini ialah:
1. Selat Bosporus
2. Camlica Hill
3. Dolmabahce Palace
4. Abu Ayyub Al-Ansari Mosque
Masjid ini dibina pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni (Sultan Suleiman the Magnificient) oleh seorang arkitek yang sangat terkenal pada zaman Turki Uthmaniyah, Sinan. Pembinaannya bermula pada tahun 1550 dan siap pada tahun 1557.
Destinasi pertama kami hari ini, ialah Dolmabahce Palace...
Facts about Dolmabahce Palace!!
Facts about furniture in it!!
Kubu ini terletak di kawasan yang paling sempit di Selat Bosphorus. Ia dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih (=Mehmet The Conqueror) sebelum menakluk Kota Konstantinopel. Ia dibina pada bulan Mac 1452 dan siap dalam tempoh 4 bulan sahaja!!
Turun dari bot feri, kami berjalan kaki ke Camlica Hill, puncak tertinggi di Istanbul. Di sini terdapat semua radar dan pencawang elektrik. Dari sini, kami dapat melihat Golden Horn...ada juga disediakan teropong untuk melihat pemandangan sekeliling...Apa lagi, saya tak lepaskan peluang untuk menggunakan teropong itu untuk membayangkan keadaan dan suasana serta lokasi penaklukan Kota Konstantinopel yang telah dijanjikan oleh Baginda Rasulullah saw bahawa kota itu akan ditakluk oleh seorang pemimpin yang hebat.
Sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "Konstantinopel (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja & tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Masjid ini terletak berdekat dengan sebuah bukit. Disini terdapat banyak maqam sahabat Rasulullah. Ada juga kereta kabel untuk naik ke puncak. Tapi saya tidak sempat naik kerana masa yang mencemburui. Hanya sempat berjalan-jalan di sekitar masjid yang menjual pelbagai cenderamata dan makanan.
Di sebelah malam, kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri...huhu..tetapi kebanyakan kedai tutup pada pukul 8 malam. Hanya bar-bar sahaja yang masih buka. Pelik kan, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, tapi banyak bar..Arak pun ada dijual di kedai-kedai runcit. Inilah antara perkara yang dilakukan oleh Mustafa Kamal setelah menjatuhkan khilafah Islam.
Elemen-elemen barat terlalu banyak, pemuda-pemudi bercium di khalayak ramai, (bukannya sengaja tengok, jalan-jalan di taman, tiba-tiba ja ternampak....astaghfirullah), tulisan kaligrafi ditulis dalam tulisan latin..tidak ada yang pandai tulis dalam tulisan arab..(mungkin saya yang tak jumpa), ada siaran p**no di televisyen..(sekali buka tv, bimbang nak tukar channel, bimbang terbuka siaran yang tak sepatutnya...last-last, stick pada channel berita ja)
terima kasih kerana sudi membaca ^^
diskusi sebahagian daripada kitab Risalah An-Nur oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul mengenai ikhlas dan ukhuwah |
Hari Rabu. 30 Jan 2013. Hari ini kami memulakan sesi diskusi kitab kerana kami hanya akan berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja hari ini. Tempat- tempat yang akan kami lawati hari ini ialah:
1. Selat Bosporus
2. Camlica Hill
3. Dolmabahce Palace
4. Abu Ayyub Al-Ansari Mosque
Suasana pagi di Istanbul |
Sementara menunggu bas... |
Nampak tak signboard dkt belakang tu...hotel kami dekat ja dengan Suleymaniye Camii
|
Suatu ketika dahulu, Aqueduct ini merupakan saluran air kerajaan Rom Byzantine.. kini merupakan jalan raya |
Suleymaniye Camii |
Selat Bosphorus |
Kebanyakan rakyat Turki menggunakan Tramway...1 perjalanan 3 TL (=RM 21 =LE 10.50) |
entah dapat merasa ke tidak, naik tramway ni...huhu |
Destinasi pertama kami hari ini, ialah Dolmabahce Palace...
bas dah masuk Otopark (=parking lot) |
huhu..tak sabar-sabar nak ambil gambar ea.. |
belum masuk gate lagi dah tangkap gambar....^^ |
Dolmabahce Mosque |
let's go |
di pintu masuk perkarangan istana |
Facts about Dolmabahce Palace!!
Dolmabahçe Palace was ordered to be built by the Empire’s 31st Sultan, Abdülmecid I, and built between the years 1843 and 1856. Hacı Said Ağa was responsible for the construction works, while the project was realized by architects Garabet Balyan, his son Nigoğayos Balyan, and Evanis Kalfa. The construction cost five million Ottoman mecidiye gold coins, the equivalent of 35 tonnes of gold. Fourteen tonnes of gold in the form of gold leaf were used to gild the ceilings of the 45,000 square metre monoblock palace, which stands on an area of 110,000 m².
tinggi & besar |
air pancut di taman istana (Kugulu Fountain) |
Imperial gate yang menghadap daratan |
Lambang kerajaan Turki Uthmaniyah ni kepala pintu, atap |
nak masuk tempat ni kena pakai plastik yang disediakan pada kasut |
Pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar dalam Dolmabahce Palace ni.
Greeting Saloon (=Ceremonial Hall) |
The world’s largest Bohemian crystal chandelier is in the center hall. The chandelier, a gift from Queen Victoria, has 750 lamps and weighs 4.5 tonnes. Dolmabahçe has the largest collection of Bohemian and Baccarat crystal chandeliers in the world, and one of the great staircases has bannisters of Baccarat crystal.
The famous Crystal Staircase has the shape of a double horseshoe and is built of Baccarat crystal, brass and mahogany. The palace includes a large number of Hereke palace carpets made by the Hereke Imperial Factory. Also featured are 150-year-old bearskin rugs originally presented to the Sultan as a gift by the Tsar of Russia.
crystal staircase |
Gambar istana dari arah selat bosphorus |
Facts...
The site of Dolmabahçe was originally a bay on the Bosporus which was reclaimed gradually during the 18th century to become an imperial garden, much appreciated by the Ottoman sultans; it is from this garden that the name Dolmabahçe (Filled-in Garden) comes from the Turkish dolma meaning “filled” and bahçe meaning “garden.” Various summer palaces were built here during the eighteenth and nineteenth centuries.
The palace is composed of three parts; the Mabeyn-i Hümâyûn (or Selamlık, the quarters reserved for the men), Muayede Salonu (the ceremonial hall) and the Harem-i Hümâyûn (the Harem, the residential apartments of the family of the Sultan). The palace has an area of 45,000 m2 (11.2 acres), and contains 285 rooms, 46 halls, 6 baths (hamam) and 68 toilets.
6 orang sultan terakhir pernah tinggal di sini sejak tahun 1856 sehingga tahun 1924 ketika jatuhnya kerajaan islam khilafah turki uthmaniyah sultan terakhir ialah Khalifah Abdulmajid |
besarnya & tingginya pokok tu...^^ |
Kemudian, kami bersiar-siar dengan bot feri di Selat Bosphorus..
Jaulah Thaqafiah Turki, jaulah tarbawi |
Rumelihisari (Rumeli Fortress) |
huhu...maaf, tak ingat ni bangunan apa ^^ |
Rumelihisari |
Fatih Sultan Mehmet Bridge |
sejuk... |
Bendera, lambang & kebanggaan sesebuah negara |
Turun dari feri, terjumpa seorang budak Turki yang comel ^^ |
Turun dari bot feri, kami berjalan kaki ke Camlica Hill, puncak tertinggi di Istanbul. Di sini terdapat semua radar dan pencawang elektrik. Dari sini, kami dapat melihat Golden Horn...ada juga disediakan teropong untuk melihat pemandangan sekeliling...Apa lagi, saya tak lepaskan peluang untuk menggunakan teropong itu untuk membayangkan keadaan dan suasana serta lokasi penaklukan Kota Konstantinopel yang telah dijanjikan oleh Baginda Rasulullah saw bahawa kota itu akan ditakluk oleh seorang pemimpin yang hebat.
Sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "Konstantinopel (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja & tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Camlica Hill Park |
Kemudian, kami bergerak ke Masjid Abu Ayyub Al-Ansari. Kami diberi peluang untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar di masjid ini. Inilah kali pertama saya merasai pengalaman menunaikan solat berjemaah bersama masyarakat tempatan. Rasa agak janggal. Masjid ini penuh sesak dengan masyarakat Turki dan pelancong. Mungkin sebab hampir masuk waktu Asar.
Pengalaman ini agak melucukan bagi saya. Yang bagusnya, semua masjid di Istanbul (rasanya la) menyediakan plastik untuk dimasukkan kasut. Berbeza dengan di Mesir. Plastiknya pula tidak ada yang dibuang merata-rata, tapi dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!!
Azan Asar berkumandang. Ruang solat untuk wanita penuh dan sesak. Kami yang berada di muka pintu bingung ingin solat dimana. Nasib baik Solat Zohor sempat buat. Itu pun dalam keadaan bersesak-sesak & mengambil ruang solat orang lain. Mata melilau-lilau mencari ruang kosong. Makcik-makcik Turki yang baru datang juga mencari ruang kosong. Mereka tidak seperti kami berdiri di belakang. Mereka bergerak ke ruang depan sambil mencari ruang kosong. Seorang demi seorang duduk.
LAA ILAHA ILLALLAH!!!
Ok. Azan sudah habis berkumandang. Kami masih belum duduk. Makcik-makcik Turki di hadapan melambai-lambai ke arah kami. Kami kebingungan. Tidak memahami apa yang diucapkan. Kami menyangkakan makcik-makcik Turki yang berada di bahagian belakang ini akan bergerak ke hadapan, memenuhi saf hadapan. Tapi sangkaan kami meleset. Mereka terus berdiri menunaikan Solat Sunat Rawatib. Setelah semua jemaah selesai menunaikan Solat Sunat Rawatib, kami memutuskan untuk bergerak ke hadapan. Rupanya masih ada ruang yang agak selesa di ruang hadapan. Duduk.
Tidak lama kemudian, imam membacakan beberapa bacaan. Sekali lagi kami kebingungan. Eh, mereka ni berwirid ke berdoa ke? Lambat lagi ke mereka nak Solat Asar berjemaah? Huhu..agak jahil sedikit di situ. Kami fikir mungkin mereka agak lama & kami ada jadual perjalanan, maka kami tunaikan Solat Asar secara fardhi. Sekali lagi, agak janggal disitu. Terasa diri menjadi tumpuan masyarakat setempat..huhu..
Tapi, belum sempat kami menyempurnakan 4 rakaat Solat Asar, Imam masjid memulakan solat Asar berjemaah. Terperangkap di tengah-tengah jemaah. Kami tak dapat keluar kerana semua saf tersusun rapi. Tiada ruang untuk menyelit. Terasa rugi kerana tidak solat berjemaah, sekali lagi kami berpakat untuk mengikut imam Solat Asar berjemaah. Tapi masbuk la, tambah rakaat..huhu..Maksudnya, kami Solat Asar 2 kali la..Selepas solat, imam membacakan doa..berbeza dengan masyarakat Arab Mesir yang imamnya tidak membaca doa secara berjemaah selepas solat.
Masjid Abu Ayyub Al-Ansari |
Masjid ini terletak berdekat dengan sebuah bukit. Disini terdapat banyak maqam sahabat Rasulullah. Ada juga kereta kabel untuk naik ke puncak. Tapi saya tidak sempat naik kerana masa yang mencemburui. Hanya sempat berjalan-jalan di sekitar masjid yang menjual pelbagai cenderamata dan makanan.
Di sebelah malam, kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri...huhu..tetapi kebanyakan kedai tutup pada pukul 8 malam. Hanya bar-bar sahaja yang masih buka. Pelik kan, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, tapi banyak bar..Arak pun ada dijual di kedai-kedai runcit. Inilah antara perkara yang dilakukan oleh Mustafa Kamal setelah menjatuhkan khilafah Islam.
Elemen-elemen barat terlalu banyak, pemuda-pemudi bercium di khalayak ramai, (bukannya sengaja tengok, jalan-jalan di taman, tiba-tiba ja ternampak....astaghfirullah), tulisan kaligrafi ditulis dalam tulisan latin..tidak ada yang pandai tulis dalam tulisan arab..(mungkin saya yang tak jumpa), ada siaran p**no di televisyen..(sekali buka tv, bimbang nak tukar channel, bimbang terbuka siaran yang tak sepatutnya...last-last, stick pada channel berita ja)
di hadapan sebuah universiti |
suasana di waktu malam |
terima kasih kerana sudi membaca ^^
Comments
Post a Comment