rahsia & pengajaran di sebalik HAJI & UMRAH


"بلّغوا عنّي ولو آية"
sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:'sampaikan daripadaku walau sepotong ayat'

tujuan aku menulis ini bukannya hendak menyampaikan ilmu krn aku bukan ahlinya..
hanya sekadar mahu berkongsi rasa+faham daripada pengisian kali ini..
tajuk ini merupakan petikan+ringkasan dari kitab "HAJI & UMRAH:RAHSIA2 & HUKUM2NYA" oleh Fadhilatus Syeikh Al-Imam Al-Allamah Prof Dr Ali Jum'ah, Mufti Mesir yg disampaikan pula oleh penyampai jemputan iaitu Ustaz Fathi bin Ramli pelajar lepasan Azhar

  1. Rahsia pertama: Kenapa kita dperintahkan utk pergi ke Baitullah Al-Haram utk menunaikan Ibadah Haji..??
    • krn Baitullah=tempat yg mdpt perhatian khusus drpd Allah. 1 solat akan mdpt pahala 100 ribu kali ganda.
    • Baitullah=tempat yg mustajab doa.
    • bahkan melihat Kaabah shj akn mdpt pahala
    • bersedekah di Mekah juga digandakan 100 ribu kali ganda pahala seperti yg diriwayatkan oleh Saiyidina Hassan Al-Basri
    • selain Mekah, ada beberapa tempat lgi yg dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda seperti Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa dan sempadan2 negara umat Islam tempat kita mengawal sempadan
  • pengajaran utama drpd pergi ke Baitullah Al-Haram=Rasulullah ingin mengajar kita mcari & pergi menziarahi tempat2 yg dimuliakan & diberikan kelebihan oleh Allah sekiranya mampu.

  2. Rahsia kedua: Rahsia berkaitan masa
  • diriwayatkan dari bbrapa Solehin, bahawasanya, di akhir zaman nanti Allah SWT akan memudahkan 3 perkara: Haji, Ilmu dan keWalian
  • jadi, apabila Allah telah mmudahkan jln buat kita utk menunaikan Haji di zaman kita ini, & juga ibadah2 lain, maka sepatutnya kita bersyukur & menunaikan ibadah dgn sebaik mungkin. Perjalanan Haji bg generasi2 sebelum kita mungkin memakan masa 3-4 bulan perjalanan, alangkah besarnya nikmat Allah buat kita..
   3. Rahsia ketiga: Rahsia di sebalik Ihram
  • Rahsia Ihram 1: memisahkan diri & meninggalkan segala harta milik kita+keluarga utk menunaikan perintah Allah
  • Rahsia Ihram 2: melatih diri utk meninggalkan adat(rutin nafsu) utk menuju redha Allah SWT. Ini membuatkan kita mengenang semula saat kelahiran kita yg kosong drpd sbrg pakaian(x mmiliki sbrg harta)
  • Rahsia Ihram 3: mengingatkan kita ttg penghujung hayat kita. Sebagaimana pakaian ktka haji smuanya putih, bgitulah juga kita di saat kematian kita nanti, kita akan dikebumikan dgn pakaian serba putih.

   4. Rahsia keempat: Rahsia di sebalik pakaian putih
  • ini mengingatkan kita ttg persoalan kesucian + kebersihan jiwa. Pakaian putih yg suci akan mengingtkan kita kpd taubat(membersihkan diri drpd dosa)
  • ibadah haji akan mengampunkan manusia drpd dosa2. selepas menunaikan haji, kita akan memulakan hubungan kita dgn Allah dlm keadaan bersih & bebas drpd dosa
  • ibadah haji mengingatkan kita utk sentiasa memastikan hubungan kita dgn Allah sntiasa bersih drpd dosa dgn sntiasa bertaubat
   5. Rahsia kelima: Rahsia di sebalik Tawaf
  • mendidik diri utk mengikut+mencontohi para Solihin
    • ibadah para malaikat mengelilingi Baitul Makmur di langit. Allah memerintahkan kita utk berbuat sebagaimana yg dilaksanakan oleh para malaikat. Para malaikat adalah hamba2 Allah yg solih. Jd, bertawaf sebenarnya kita sdg mengikut+mencontohi amalan hamba2Nya yg solih.
  • melakukan aktiviti+pergerakan bertepatan dgn perintah+kehendak Allah SWT.
    • planet2 ber'tawaf' mengelilingi matahari mengikut paksinya. Kesemuanya bergerak mengikut ketetapan Allah
   6. Rahsia keenam: Rahsia di sebalik Wukuf di Arafah
  • mengingatkan ttg permulaan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Permulaan stiap perkara itu mestilah dimulakan dgn bimbingan & mengharapkan bantuan drpd Allah

IBRAH keseluruhannya:KESATUAN...walaupun berbeza bangsa, bahasa, kedudukan & paras rupa..walau berbeza mazhab...tapi kita tetap satu akidah...saudara seISLAM..lupakan perkara furu'(cabang)..ttapi fokus pada KESATUAN UMMAH..






Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)