Mei - Bermulalah 1 Cabaran


taqwim Mei 2013

Subuh awal. Isya' lewat.

Musim panas memang begitu. Subuh seawal 3 pagi dan Isya' selewat 8.30 malam. 

Bangun Subuh selalu terkejar bimbang habis waktu dek terlajak tidur, tambah-tambah bila berseorang tatkala ahli beit yang lain ber'lampu merah'. (but, still in time yeah!) ^^



Selepas solat Subuh, tak pasti samada mahu tidur semula di katil atau berada di meja belajar yang tidak pasti akan berjaga belajar, atau mengadap komputer, atau tertidur di atas kerusi belajar.

Malam, selepas Isya'. Selesai solat, jam sudah menunjukkan jam 9 malam. Aduh, tinggal sejam lagi sebelum pukul 10 malam. Kena tidur awal, kalau tidak terbabas Subuh. Itupun kalau free dari sebarang taklifan lain.

Cabaran Mei 2013.

Itulah cabaran kami di bumi Mesir ini apabila tiba musim panas. Cabaran musim sejuk macam lain pula.

Apabila memasuki bulan Mei, sinonim dengan musim peperiksaan akhir tahun bagi kami di sini. Menentukan samada dapat naik ke tahun seterusnya atau tersangkut. Na'uzubillah.

Peperiksaan praktikal sudah bermula.
12 Mei - Practical final 2nd year HISTOLOGY
13 Mei - Practical final 2nd year ANATOMY
14 Mei - Practical final 2nd year OSPE PHYSIOLOGY (OSPE) 
15 Mei - Practical final 2nd year SKILLS PHYSIOLOGY (Skills)
Jadual peperiksaan bertulis masih belum keluar. O.o

Cabaran. 

 5 Mei 2013 - Pilihan raya umum 13 (PRU-13)

Pertembungan antara HAQ dan BATIL. Jelas kelihatan. Tak perlu disangkal. Tak faham bila ada sesetengah pihak tidak berani menyatakan pendiriannya. Tambahan pula ini berkaitan dengan soal AQIDAH. Soal ISLAM.

Politik kotor. Politik lucah. Konspirasi. Aaah. 
Semua ini permainan manusia durjana bermata duitan, gilakan kuasa.

Tuntutan membentuk kerajaan yang adil
"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum yang adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang baik sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat." (Surah An-Nisa, ayat 58)

tempoh berkempen hampir tiba ke penghujungnya


pilhan berada di tangan anda.
buatlah pilihan dengan bijak

Semoga pilihan raya kali ini membawa 1 perubahan di tanah air tercinta. Insyallah! Ini kali lah!

warga PCS juga buat munajat PRU-13

Doakan ye! For my exam too! ^^

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)