Yakinlah akan janji Tuhanmu

bismillah..
subhanallah..
alhamdulillah..
allahuakbar..

semua sedia maklum akan keadaan Mesir yang terkini...carilah & bacalah sumber2 yang sahih di internet...kemudian, fikir-fikirkan & renung-renungkanlah...

apa yang berlaku di Mesir, seolah-olah kemenangan Islam yang ditarik balik...

tetapi jangan lupa, kemenangan Islam itu bukan melalui satu cara sahaja...
bukan dengan satu wasilah sahaja..

yakinlah akan janji Allah Yang Maha Mengetahui...

'kalaulah...kenapalah....'
ahh....semua ini ucapan-ucapan orang tidak beriman hasil dari hasutan syaitan durjana...yang tidak yakin akan janji Penciptanya..


Benar. Berjuta rakyat Mesir melakukan huru-hara untuk menggulingkan Dr Mursi, malah ada segelintir syeikhul Azhar bersama dengan mereka. Berjuta juga rakyat Mesir yang berkumpul untuk menyatakan kebersamaan mereka bersama pemimpin pilihan yang mereka sayangi yang baru dilantik setahun yang lalu.

Ada yang mengatakan, rakyat Mesir minda kelas ketiga. Ada yang mengatakan, Dr Mursi sebenarnya tidak mahu pun menjadi presiden.

Sedih atas apa yang berlaku.
Tetapi, yakinlah!
Apa yang berlaku ada hikmahnya.

Dimanakah hikmahnya?
Fikir-fikirkanlah...
Renung-renungkanlah..
Lapangkan minda, bukakan hati..

Banyak hikmahnya jika dipandang dari pelbagai sudut.

Rakyat yang memberontak menolak Dr Mursi.
Apakah yang mereka mahukan sebenarnya.
Islam yang dibawanya kah?
Agenda yang dilaksanakan kah?
Konspirasi terancang dek hasutan fulul Mubarak kah?
Atau pemikiran berkarat 30 tahun dibawah kepompong Mubarak?

Tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui. Mungkin diri mereka sendiri keliru & tidak jelas apa yang mereka mahu.

Hikmah peristiwa 25 Januari. Hikmah perjuangan rakyat Mesir sehingga ada yang syahid.

Allah ingin menguji, samada kita intima' syakhshi kepada Dr Mursi, atau intima' kepada Islam. Itu juga satu ujian buat mereka & kita semua.

Kita. Apakah mahu jadi seperti mereka? 
Tatkala kita menjadi anak kepada ayah & ibu.
Tatkala menjadi anak buah kepada seorang ketua.
Tatkala menjadi ahli biasa/jawatankuasa kepada sesuatu organisasi.
Hatta menjadi rakyat kepada pemimpin yang berlandaskan kepada Al-Quran & Sunnah.

Mahu menentang korupsi? Mahu menentang konspirasi jahat?
Siapkan dahulu dirimu menjadi jundu at-thoah (tentera yang taat) kepada qiyadah rabbaniyah (pemimpin yang rabbani).
Persiapkan dahulu dirimu.

Jangan di'kondem' apa yang pimpinan mahu laksanakan. Cari ruang perbincangan & ajukan pandangan. Manfaatkan segala ruang yang ada. Isi borang muhasabah & penuhkan kotak cadangan.

Kita yang berada di bawah tidak nampak apa yang pimpinan nampak. Pimpinan juga kadang-kadang terlepas pandang akan perasaan si anak buah. 

Yakin pada keputusan pimpinan. Yang lebih utama adalah keputusan syura. 

Seperti Dr Mursi yang dipilih hasil syura ikhwan untuk menggantikan Khairat Syatir. Beliau sudah tahu jalan yang diletakkan bukan jalan yang mudah. Isteri disisi begitu kuat memberi semangat. Anak-anak juga begitu memahami tugas ayahanda tercinta. Allah.

Ingatlah. Bukan senang menjadi seorang pimpinan. Samada pimpinan kolej, persatuan hatta pimpinan negeri/a.  Mereka sentiasa diperhatikan. Sentiasa dicari ruang kesalahan.

Sayangi mereka. Fahami mereka. Sokongi mereka. Dokongi mereka.

Inilah apa yang dapat kita lakukan sekarang. Pada diri masing-masing. Untuk melihat kemenangan Islam itu bersinar di seantero dunia.

Persiapkanlah dirimu hai pejuang Islam.
Pemuda pemudi Islam.
Jadilah sebahagian daripada kemenangan Islam.
Bersedialah untuk menjadi seorang pemimpin.
Untuk memimpin diri, keluarga, rakan-rakan & negara.

p/s: perit hati ini sebenarnya mendengar sorakan kegembiraan atas penggulingan Dr Mursi. Hasbunallahu wani'mal wakil.
**diri yang menulis ini juga hamba yang lemah tiada daya, tidak terbayang apa yang mampu dilakukan tanpa bantuan & pertolongan dari Allah Azza Wajalla.
***masih berbaki 2paper final exam. moga diberi kekuatan iman, akal & fizikal untuk menempuhi baki paper & bulan ramadhan akan bermula 2hari lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)