LIFE KE-4

kali ini LIFE KE-4 bertajuk 'THAQAFAH BG PENDAKWAH'...
kertas kerja merupakan ringkasan buku thaqafah da'ieyyah oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mujahid b Ir Mohammad Fadzil terjemahan karangan Al-Fadhil As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
tajuk kali ini juga agak menarik...
wlupun beratapkan langit dlm kepekatan malam disimbahi lampu kalimantang yg menerangi kegelapan...dlm kesejukan musim sejuk yg di'hangati' dgn heater dan saratoga...penyampai yg bijak menarik perhatian kami tetap menjadi fokus utama kami...smoga perkongsian ini memberi manfaat..

******

من قال لااله الاالله فهو الداعي
ya....siapa kata dia bukan da'ie...mafhumnya..siapa yg mengucapkan kalimah لا اله الله, dia merupakan da'ie...pendakwah..penyeru..pengajak..promoter...kpd Islam
x kira siapa kita..x kira apa profession kita..kita smua bertanggungjawab menyebarkan Islam..hatta dari segi perkataan mahupun perbuatan..
bg kami konteks pelajar perubatan...ustaz sering kali menekankan..peranan sbg seorg doktor..yg sebenarnya memainkan peranan yg besar dlm menyebarkan Islam kpd si pesakit...
"doktor yg baik bukan sekadar memberikan sebotol ubat kpd pesakit utk dibawa pulang...tetapi juga yg mampu memberikan segenggam nasihat kpdnya.."
ya...benar..ketika seseorg itu berada dlm kesakitan...waktu itulah sebarang nasihat mudah utk masuk ke dlm hatinya...di waktu itu,seorg pesakit akan meletakkan harapannya pd doktor..meletakkan kepercayaan utk merawatnya...dan antara kaedah dlm طب النباوي ialah merawat batin dan jasmani utk memulihkan si pesakit dgn kuasa pertolongan Allah Yg Maha Berkuasa..

jd....bg seorg pendakwah itu perlu ada pengetahuan berkaitan:

  • pengetahuan Islam
  • pengetahuan sejarah
  • pengetahuan bahasa dan Sastera
  • pengetahuan Kemanusiaan
  • pengetahuan Saintifik
  • pengetahuan Realiti
pertama: AL-QURAN
sewajarnya bg seorg pendakwah itu:

  • menghafal sebanyak mungkin ayat al-quran yang mampu
  • kerap mengulangi bacaan dlm keadaan memahami maksudnya
seperti yg kita ketahui...al-Quran merupakan kalam Allah yg merangkumi seluruh aspek kehidupan yg memberikan kita petunjuk & penyelesaian dlm sebarang maslahat kehidupan seorg manusia....tuhan yg menciptakan hambanya...masakan tidak mengetahui apa yg terbaik buat hambanya....masakan membiarkan hambanya terkontang-kanting menguruskan dunia ini tanpa sebarang panduan....Tuhan Yg Maha Pengasih, Yg Maha Mengetahui Segalanya...telah memberikan segalanya...you just have to OPEN YOUR HEART...

bukan itu shj...dlm kisah2 yg diceritakan dlm al-Quran dpt kita kaitkan dlm penyampaian dakwah kita....antaranya:
  • kisah Nabi Adam AS yg diajar ttg bbrapa ilmu ygperlu diketahui stelah turun ke bumi(Al-Baqarah:31)
  • kisah Nabi Yusof AS yg menggunakan strategi dlm perdagangan ekonomi bg kewangan negara(surah Yusof)
  • kisah Zulqarnain yg membina tembok dgn campuran bahan kimia yg merupakan satu kajian saintifik yg cukup hebat(al-Kahfi:96-97)
para pendakwah juga digalakkan mempelajari ilmu Ulum Al-Quran spy dpt memahami kelebihan yg terdpt dlm Al-Quran dan dpt menggunakannya sbg senjata di medan dakwah...

walaubagaimanapun...bg yg menggunakan kitab tafsir...Dr Yusuf A-Qardhawi berpesan spy:
  • menekankan initipati ayat dan x terlalu membahaskan ttg permasalahan nahu, lafaz, perselisihan yg pjg dan permasalahan fiqh yg terlalu pjg...sebaliknya ditumpukan kpd penafsiran yg membawa kpd penghayatan Al-Quran
  • menjauhi perkara2 isra'iliyyat krn ia byk menukilkan perkara2 yg x pasti kebenarannya dan persoalan2 yg menjauhkan para penuntut ilmu drpd perkara penting dlm Al-Quran..
  • berhati-hati dgn riwayat yg direka
  • berhati-hati dgn pandangan yg merosakkan

kedua: HADIS

bg seorg pendakwah x memadai dgn hanya menyampaikan, mengajar, menulis atau berkhutbah dgn menggunakan hadis semata-mata, sebaliknya perlu mengkaji hadis Nabi SAW sbg satu rujukan yg luas dlm pembawaan dakwah mereka...

dlm pembawaan hadis ini...para pendakwah perlu menitikberatkan:
  • Sirah nabi SAW dlm segenap aspek kehidupan Rasulullah dr segi kesabaran, amanah, berani dan sebagainya..
  • berhati-hati terhadap penyelewengan hadis iaitu x menggunakan hadis pd tempatnya seperti berhujah dgn hadis bg kepentingan peribadi dan hawa nafsu
ketiga: FIQH

seorg pendakwah akan berhadapan dgn pelbagai persoalan drpd ahli kluarga, masyarakat dan sebagainya...malah seorg doktor juga amat akrab dgn pemasalahan fiqh yg berlaku dlm bidang ini...tidak dpt tidak...seorg doktor perlu mengetahui sedikit sebanyak pengetahuan dlm fiqh perubatan utk diaplikasikan dlm profession nanti

keempat: TASAWUF, AQIDAH, SISTEM ISLAM

kelima: PENGETAHUAN SEJARAH

seperti yg kita sedia maklum...profession sbg seorg doktor merupakan profession yg sibuk...tapi doktor yg berjiwa da'ie akan memastikan dirinya mengetahui fakta2 penting yg berlaku dlm dunia Islam...antaranya:
  • sejarah serangan2 musuh Islam, seperti gerakan orientalisme, kristianisasi dsbg
  • sejarah gerakan2 pemulihan (harakatul islah) dan gerakan pembaharuan (tajdid) yg dilakukan oleh Islam dan tokoh2 Islam
  • sejarah peranan Islam, tokoh2 gerakan dan gerakan kebangkitan dlm membebaskan dunia Islam
keenam: ILMU SAINS

dlm dunia globalisasi dan serba moden ini, ilmu sains/kajian ilmiah mjd keperluan seorg da'ie krn pendedahan semasa yg saintifik dpt merapatkan lg jurang perbezaan dlm konteks penerimaan semasa...ia dpt digunakan oleh para pendakwah bg menampakkan pendedahan dan penemuan semasa yg selari dgn Al-Quran dan Hadis

----terdpt pelbagai lg ilmu yg perlu dikuasai oleh para pendakwah sejajar dgn perkembangan zaman kini...dgn teknologi yg ada...para pendakwah juga dpt menggunakan teknologi2 tersebut utk menyampaikan Islam dgn lbih berkesan...

manfaatkan stiap kelebihan yg ada pd diri....
mungkin anda rasa anda tidak layak utk bergelar pendakwah..
ingatlah...fahamilah
lakukanlah apa yg termampu..
kembangkan potensi dlm diri anda

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)