sejarah pemindahan organ...

teringat aku pada assignment CTIS 07-Introduction to Islam and Medicine yg telah diamanahkan ketika berada di INTEC,UiTM...apa yg ingin aku kongsikan hanyalah sebahagian drpdnya....

************

Pemindahan organ ialah proses menggantikan organ yang tidak berfungsi atau rosak, dengan tujuan merawat pesakit. Proses ini adalah salah satu cara perubatan yang diharuskan dalam Islam. Bertepatan dengan matlamat syariah (maqasid syariah) yang mengambil berat kebajikan umat Islam, terutamanya dalam
aspek pemeliharaan nyawa, para fuqaha’ memutuskan hukum pemindahan organ adalah harus.

Sejarah Islam pernah mencatatkan bahawa proses pemindahan organ pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Perkara ini berlaku pada peperangan Badar pada 624 Masihi dan peperangan Uhud pada 625 Masihi. Dalam peperangan tersebut, Rasulullah s.a.w telah menyambung kembali tangan seorang sahabat, Muawith Ibn Arfa dan Habib Ibn Yusuf yang telah terputus. Selain itu, replantasi mata Qatada Ibn Nukman yang telah terkeluar.[1]

Selain itu, pemindahan organ di peringkat universal pula telah dimulakan sejak kurun kedua sebelum Masihi, apabila seorang pakar bedah India yang bernama Susruta yang telah menjalankan autotransplan iaitu pemindahan dari satu anggota kepada anggota lain pada individu yang sama. Ketika itu, beliau telah melakukan satu pemindahan yang melibatkan kulit untuk memperbaiki kecacatan pada telinga dan hidung.

Dalam catatan lain, terdapat kisah kubur keramat St Cosmas dan St Damian daripada lagenda Kristian Rumawi yang menjelma dan menggantikan kaki seorang penghidap kanser dengan kaki seorang berkulit hitam yang baru meninggal dunia.

Di Malaysia, pemindahan organ pertama dicatatkan pada awal 1970-an yang melibatkan pemindahan kornea. Seterusnya, pemindahan ginjal yang pertama dan berjaya pada tahun 1975. Pada 1995, pemindahan hati telah berjaya dilakukan dan seterusnya pemindahan jantung pada 1997. Sementara itu, kejayaan mutakhir Malaysia dalam pemindahan sebelah paru-paru berjaya dilakukan pada Disember 2005 di Institut Jantung Negara.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)