peristiwa keSYAHIDan IMAM HASAN AL-BANNA




Tempat: KAHERAH (kawasan Hilmiyyah)
Waktu: Selepas pertengahan malam pada tarikh 12 FEBRUARI 1949





PERISTIWA:

        Di waktu malam yg heni sepi, sbuah kereta polis
menuju ke satu jln di bandar Hilmiyyah, Kaherah. Kereta2 berhenti, skumpulan tentera yg bersenjata bergegas mengepung kesemua jln, & kawalan diketatkan di sekitar sebuah rumah yg x seberapa di tgh2 jln..

        Tiba2 dtg sbuah kereta ke arah rumah ini. Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur bdn kaku yg diambil drpd kereta itu, lalu cepat2 dibawa ke dlm rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorg tua yg melewati usia 90-an membuka pintu. Bbrapa org pegawai memasuki rumah tersebut sblum jasad dibawa masuk bg memastikan tiada org lain di situ.
         Arahan tanpa kompromi diberikan kpd si tua:
"Tidak boleh bersuara! Tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorg pun yg berkepakaran boleh menguruskan mayat. Hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengebumian mesti dibereskan tepat jam 9 pagi!"
          Orang tua itu adalah bapa kpd org yg meninggal dunia itu. Sekalipun begitu sedih & tua, beliau bangun menguruskan pengebumian anaknya. Lalu si tua itu pun menyapu darah anaknya kesan drpd peluru2 yg mengkakukan tubuhnya.

              Pagi pun menjelma... Para pegawai dtg sebagaimana janji mereka. "Marilah bersama anakmu, kebumikanlahnya!" Maka si bapa yg berusia 90 tahun bertempik, "Bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yg kna bawa!" Jawapannya adalah, "Ahli keluargalah yg mesti membawanya!" Padahal yg tinggal hanyalah perempuan2 dan seorg budak lelaki yg kecil. 

         Sekujur bdn dibawa ke jln yg dipikul oleh isterinya & anak perempuannya. Di belakangnya hanyalah ayahnya. Barangsiapa yg berani mengiringi jenazah itu, maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu ke sbuah masjid utk disembahyangkan, tiba2 masjid itu kosong drpd seorg pun, hatta org yg berkhidmat terhdpnya (pegawai2 masjid).

         Si bapa pun bersolat jemaah & diikuti oleh ahli kluarga yg terdiri drpd perempuan. Kmudian mereka pun menurunkannya ke dlm kuburnya. Kesemuanya pulang ke rumah dgn kawalan yg begitu ketat. Inilah jenazah Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Dan penangkapan selesai dilakukan terhadap jiran2, bukan krn apapun. Tetapi krn mengucapkan takziah kpd kluarga ini. 

            Kpungan dilakukan bukan shj terhadap rumah krn bimbangkan revolusi yg akan dilakukan oleh mereka yg dtg mengucapkan takziah, bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur krn bimbangkan akan ada org yg dtg mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dan pegawai2 polis pun berkeliaran di masjid2 bg mengarahkan masjid ditutup slpas stiap kali solat krn atakut akan ada org yg berani memprotes terhdp kezaliman arwah.

         Dalam aspek yg lain, seorg raja negara telah menangguhkan hari jadinya drpd 11 Feb kpd 12 Feb utk bersama berpesta meraikan dgn mereka yg meraikan kematian lelaki ini. Seorg pemikir menceritakan bhw dia telah melihat pesta2 di salah sbuah hotel di Amerika. Ketika mana dia menyiasat sebab diadakan pesta ini, tahulah dia bhw ia adalah kegembiraan terhdp kematian lelaki ini.

          Sekali pun benar apa yg disaksikan musuh, sesungguhnya pusat2 pengkajian di Perancis & Amerika berusaha sama dlm menyenaraikan 100 personaliti yg terbilang yg mempengaruhi dunia pd kurun ke-20. Dua org di kalangan org Arab ialah: Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, & yg lain ialah Jamal Abdul Nasir.

rujukan: m/s 60-61
 keluaran: Jundi Resources

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)