Daruratkah Doktor Muslimah Membuka Auratnya?
Aurat seorang Muslimah seperti yang disepakati para ulama ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tidak kiralah doktor, jurutera, ahli bomba, guru atau pemimpin negara.
Mengikut etika pemakaian dan kebersihan di dalam Operation Theater (OT), doktor diwajibkan membasuh tangan dengan air bersih ataupun air panas, memakai sut uniform OT dan semua pakaian luar selain itu mesti ditanggalkan.
Bagi doktor Muslimah sewaktu di dalam OT, didakwa tudung merupakan faktor terbesar penyebar bakteria. Manakala good hygiene (kebersihan yang baik) amat dititikberatkan di dalam OT.
Jadi, benarkah darurat bagi seorang doktor Muslimah membuka auratnya di dalam OT dengan memakai sut uniform yang mendedahkan lengan, bertopi seperti shower cap yang menampakkan bentuk leher dengan alasan tudung sebagai faktor terbesar penyebar bakteria?
Tiadakah solusi kepada doktor Muslimah yang bekerja di hospital kerajaan terutama di negara kita yang diiktiraf sebagai negara Islam?
Yang mana lebih aula?
Sebelum darurat dijadika alasan membuka aurat, ketahuilah batasan darurat itu dikemaskan untuk menjaga salah satu daripada lima maqasid syariah iaitu hifz al-din (memelihara agama). Perintah menutup aurat dalam apa jua keadaan termasuk dalam hifz al-din, bahkan ia menduduki hak yang paling utama untuk dilindungi.
Satu kaedah dalaam usul al-fiqh menyatakan: "Apabila bertembung dengan 2 kemudaratan, kemudaratan yang lebih besar diraikan dengan melakukan kemudaratan yang lebih kecil."
Apabila bertembung dengan 2 keburukan yang akan berlaku, contohnya keburukan pertama iaitu aurat tergadai. Keburukan kedua pula dibuang profesion sebagai doktor akibat melanggar prosedur hospital yang mengarahkan membuka sebahagian aurat. Sudah pasti keburukan pertama lebih besar daripada keburukan kedua kerana memelihara aurat bererti memelihara agama yang paling utama.
Sekiranya alasan jangkitan bakteria dilontarkan jika memakai pakaian luar, hujah itu boleh dipatahkan dengan mencari jalan keluar yang lebih kreatif seperti yang dilakukan oleh beberapa orang doktor yang tabah dan tekad menjunjung maruah auratnya di mana-mana sahaja mereka berada. Inilah sebahagian idea yang boleh dilakukan oleh doktor Muslimah:

in OT uniform |

medical team in uniform working together in OT |

- Memakai handsock panjang dan kain tudung yang diperbuat daripada material steril.
- Memakai tudung yang baru dibasuh ketika berada di dalam OT. Jadi, tidak ada alasan jangkitan bakteria.
Apa yang boleh anda lakukan?
- Bersatu padu dalam memorandum (MoU) untuk diajukan kepada kerajaan Malaysia agar mencipta satu kod pakaian yang mampu menutup aurat dengan sempurna untuk seluruh doktor Muslimah di Malaysia sebagai negara Islam. Contohnya, kerajaan Malaysia menyediakan pakaian khusus daripada material steril. Pakaian ini akan dikumpulkan bersama-sama sut uniform OT untuk proses pensterilan.
- Menerangkan kepada pihak tertinggi hospital tentang perintah aurat terhadap wanita Islam. Sebahagian doktor Muslimah di negara Eropah berani menerangkan tuntutan aurat wanita Islam. Selepas itu, mereka dibenarkan menutup aurat. Hospital di Manipal, India misalnya, membenarkan doktor Muslimah memakai pakaian tambahan yang diperbuat daripada material steril di dalam OT.
Aurat ialah maruah diri seorang Muslimah. Ia Ibarat mahkota yang wajib dijaga dengan begitu cemerlang. Para doktor Muslimah, kalian akan kuat apabila berada dalam satu barisan untuk menyuarakan suara hati kalian untuk berhijab dengan sempurna, selesa dan tenang dalam menjalankan amanah. Bangkitlah!
Sumber: Majalah Solusi Isu No. 45
Penulis Asal: Zizi Azlinda Mohd. Yusoff
Comments
Post a Comment