berehat sebentar
bismillah
Alhamdulillah...perjumpaan bersama pihak penaja telah selesai. Dah dengar dah pun amanat dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Seri Zabidi. Kesimpulan yang dapat dibuat...sambung saja di Mesir..keselamatan atas tanggungjawab sendiri. Tan Seri sendiri mengaku perjumpaan ini diadakan atas dasar memikirkan perasaan ibu bapa yang riasukan keselamatan anak2 di Mesir.
Hakikatnya..IPTA/S di Malaysia susah nak terima kami pelajar Mesir. janji2 palsu yang tidak dipersetujui sepenuhnya. Mereka perlu mematuhi akriditasi yang ditetapkan oleh Malaysia Medical Council (MMC) iaitu 1:4. Tak mungkin mereka mahu menggadaikan prestasi mereka semata-mata kerana pelajar2 Mesir yang masih belum tentu prestasi mereka di Mesir.. Pelajar2 medic di Malaysia yang telah melalui matrikulasi, asasi dll telah mendapat tempat di IPTA/S di Malaysia dengan susah payah. Kami pelajar Mesir pergi dengan kelulusan SPM. tapi, kerana terlajak janji, mereka perlu juga membuka beberapa tempat untuk pelajar2 yang benar2 layak. yang tidak layak akan pulang semula ke mesir, meneruskan pengajian seperti biasa.
Dekan Perubatan UPM menggalakkan pelajar2 klinikal sambung sahaja pelajaran mereka di Mesir. lega mereka mendengarnya. bagi pre-klinikal? pandai2lah kalian buat keputusan.
Saya telah buat keputusan. sambung di mesir. tiada halangan dari keluarga. Memang kebimbangan itu sedikit sebanyak memang ada. keselamatan yang tidak terjamin. hanya perlindungan Allah yang dipohon. tawakal mendahului disamping menjaga keselamatan diri sendiri.
pelajar ASU yang paling sedikit pelajar Malaysia. ada kemungkinan untuk saya mencari ahli beit baru atau pindah masuk ke rumah lain.
ketika berada di hujung musim peperiksaan akhir tahun lepas, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. mendengar bunyi tembakan dan jet pejuang tidak membuatkan saya berfikir dua kali untuk meneruskan pengajian di Mesir. Umi dan ayah tidak telefon anaknya ini membuatkan saya sendiri menelefon mereka di Tanah air. memberitahu keadaan selamat sahaja untuk meredakan kebimbangan mereka. saya tidak tahu perkhabaran yang bagaimana tiba di pendengaran mereka. cuma pada ketika itu, saya berfikir, "umi dan ayah merelakan ku belajar jauh2, bererti mereka telah menyerahkan anak ini berjihad di Allah, untuk menuntut ilmu"
mengenai prestasiku di university..saya tidak menafikan, saya agak kecewa dgn prestasi diri sendiri..tidak mencapai target...tiada pangkat mumtaz..cuma lega sedikit kerana masih dapat naik tahun..mungkin kerana kafarah dosa, saya tidak dapat menjawabnya dengan baik, mungkin juga kerana kafarah dosa, saya naik tahun dengan ilmu yang masih belum dikuasai..moga tahun2 yang mendatang, dengan ilmu2 asas yang digunakan semula, ilmu2 itu dapat dikuasai..
benar..ujian ini membuatkan ku memperbaharui niat..niat yang entah jauh menyimpang..dalam perjalanan ini ku perlu berehat sebentar, koreksi diri semula..mentajdid niat..Ya Allah, benarkan aku menjadi seorang doctor yang dapat membantu agamamu Ya Allah..ampuni dosa2ku, kuatkan hatiku ketika melalui jalan ini.

Comments
Post a Comment