izinkan aku terus di Mesir

bismillah..

pergolakan di bumi Mesir utk menggulingkan presiden Dr Mursi telah bermula semenjak kami berada dalam fatrah/musim final exam..perintah berkurung dikeluarkan, bunyi tembakan, helicopter & pesawat pejuang menggetarkan hati..berbagai-bagai andaian terlintas di fikiran..adakah masih dapat pulang ke Tanah air bertemu dgn keluarga tercinta.

Tarikh exam beberapa paper terpaksa ditunda ketika berada di akhir fatrah imtihan..mujur tarikh tiket pulang ke Malaysia tidak ter'effect'..jika tidak, mungkin saya tidak akan pulang ke Malaysia kerana duit tidak mencukupi..itulah apa yang saya fikirkan ketika itu..


Alhamdulillah..paper terakhir adalah pada pagi sebelum kami pulang ke Malaysia..16julai bersamaan 10ramadhan

beberapa minggu selepas itu, Presiden Dr Mursi berjaya digulingkan..dan Mesir kembali berdarah apabila jeneral as-Sisi menggantikannya..sedih, pilu, luluh hati melihat keadaan di sana

11sept tarikh tiket return yang asal..terpaksa ditukar kepada open tiket..pelajar2 Malaysia tidak dibenarkan pulang ke Mesir.. apatah lagi evakuasi sukarela baru sahaja dilakukan..

12sept Sesi taklimat dan perjumpaan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir bersama pihak IPT dan badan2 professional berlangsung di Dewan Za'ba, KPT di Putrajaya..tak pergi pun..sebab faham, kepada yang berminat sambung di Malaysia..dengar cerita ramai yang tak puas hati dengan perjumpaan ni..saya tak minat pun nak sambung di Malaysia

dengan bilangan pelajar Malaysia ribuan di Mesir..agak mustahil utk pihak IPT menerimanya..dengan memikirkan faktor2 lain...environment, silibus..

13sept sepatutnya ada taklimat pelajar tajaan JPA dengan pihak penaja..dekat UPM..tapi tangguh ke 25sept..kemudian tangguh lagi ke 27sept..

sehingga semalam, saya masih tidak mengendahkan dan tidak memikirkan untuk belajar di Malaysia..tgk wall fb org lain yang dlm dilemma samada nak sambung di mesir atau di Malaysia..dengan desakan keluarga lagi...memandang tanpa perasaan..umi & ayah pun tak bising2..saya fikir saya tidak akan berfikir 2 kali

harini, tiba2 hati terdetik bila tengok kawan2 pakat Tanya, "nak isi ka borang IPT?" ada yang nak isi sebagai back-up plan..
agak kalut bertanya kesana kemari..

bila bertanya:

bila diajukan soalan kepada ayah...kena marah T.T nak discuss ja..
'kenapa ikut orang??rugi la!!sambung ja sana..duk pening2 fikir...ikut orang'

bukan apa..hati memang nak pergi Mesir..cuma kalau cakap dengan nada yang elok..hati pun tenang...ni bercakap seolah2 kata muktamad

ya...memang saya akui..semua yang belajar di Mesir, kalau boleh nak sambung di Mesir...tapi bila memikirkan soal masa depan..itu yang membuatkan saya berfikir semula..peluang yang datang cuma sekali..

itulah dilemaku...
berbeza dengan sahabat2 yang ibubapanya menghendaki mereka menyambung pelajaran di Malaysia

nasihat sahabatku "istikharahlah.."

p/s:setelah menulis di sini, hati rasa lega..rasa tak akan isi borang kemasukan ke IPT yang akan dibuka permohonannya pada 24 sept-8okt...apa2 pun..istikharahlah..moga ditetapkan hati...tunggu perjumpaan bersama JPA 27sept ini~~

sekiranya tiada aral melintang, mlm 14okt akan ku pulang ke bumi Mesir meneruskan perjuangan

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)