simbolik TADHIYYAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari Raya Aidiladha amat sinonim dengan tadhiyyah, yakni pengorbanan..
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan Siti Hajar serta anak mereka Nabi Ismail as..

Namun sejauh mana manifestasi tadhiyyah itu di dalam diri anda, saya & mereka..??
Sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan..??

Pengorbanan memerlukan jiwa yang besar..
Terhasil atas nilai kasih sayang..
Terlahir atas nilai aqidah..

Gami' Nur di pagi raya

Tiada pengorbanan tanpa kasih sayang..
Tiada erti tadhiyyah tanpa aqidah yang sahih..

Pengorbanan seorang hamba untuk melaksanakan perintah Allah..
Seperti Siti Hajar yang sanggup ditinggalkan apabila Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk meninggalkan isterinya tercinta bersama anak yang sekian lama ditunggu di padang pasir yang kering kontang..
Bak Nabi Ismail yang merelakan dirinya menjadi korban apabila ayahnya yang sekian lama berpisah mendapat perintah untuk menyembelihnya..
Laksana Nabi Ibrahim yang melakukan kedua-dua perkara tersebut...


Suasana di Dataran 'Asyir

Bayangkan,
anda berada di posisi mereka..
Apakah diri mampu melakukannya..??

Adakah kerana perintah dari Yang Maha Esa, 
perintah yang amat berat,
yang tidak disukai,
dan yang amat menekan jiwa,
ingin berpaling dari Tuhan Yang Maha Mengetahui?
ingin mencari Tuhan yang lain?



Unta yang telah tumbang

Namun, 
kerana iman, 
sebagai tanda 'ubudiyyah,
Baginda melakukannya..lillahi Taala
Subhanallah...


Di mana ingin dicari hati itu?
Di mana jiwa itu?
Minda Tadhiyyah, Genarasi Jihad..


Pelajar perubatan memenuhi kawasan dataran


.....لا يكلّف الله نفسا الّا وسعها
(البقرة:286)
Allah tidak membebani seseorang 
melainkan sesuai dengan kesanggupannya...


Kambing-kambing yang bakal disembelih

Bagaimanakah pula dengan aplikasi dalam kehidupan?
Apakah tadhiyyah yang paling dekat boleh dilakukan?
Kepada ahli beit?
Kepada kawan-kawan se'batch'?
Kepada junior & senior?
Kepada masyarakat PERUBATAN?
Kepada masyarakat Melayu Mesir?
Juga kepada masyarakat Mesir?

  

Bekerjasama membuahkan ukhuwah

Berada di bumi Mesir,
jauh dari keluarga tercinta,
yang beribu-ribu batu jauhnya,
demi menuntut ilmu,
kita korbankan perasaan,
untuk memenuhi perintah Allah,
MENUNTUT ILMU,
menjadi seorang insan yang dapat memberi kepada umat..

Sabda Nabi s.a.w,
طلب العلم فريضة على كل مسلم
'Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib
atas tiap-tiap orang Islam.'
(Ibn Majah dan lain-lain)

Setiap orang ada peranannya

Begitu juga,
berada di bumi Mesir ini,
tidak boleh bersendirian,
bersama kawan-kawan,
perlukan TADHIYYAH & tolak ansur,
untuk saling berkasih sayang,
saling kuat-menguat,
saling memberi sokongan dan dorongan..

Ada organisasi yang menjaga kebajikan ahli,
yang mempunyai dasar kepada AL-QURAN & SUNNAH,
yang disusun secara syumul untuk memenuhi keperluan ahli,
bukan sahaja meliputi soal akademik,
bahkan soal pengisian rohani, keselamatan dan lain-lain lagi..

Memenuhi firman Allah:
انّ الله يحب الذين يقتلون في سبيله صفّا كأنهم بنين مرصوص
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya
dalam barisan yang teratur 
seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh
(As-Shoff:4)

Untuk melahirkan para ILMUAN yang mampu mendokong ISLAM,
Doktor PROFESSIONAL,
Daie RABBANIYYAH..

Melihat darah korban yang mengalir 

Mengapa tidak dicurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya?
MAHABBAH LILLAH..
kasih sayang yang membawa kepada nilai PENGORBANAN...
bak kata Ustaz Hasrizal,
ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Andai terluka atau terlihat cacat celanya,
tampunglah ia,
bantulah ia,
hulurkanlah TENAGAmu, MASAmu, IDEAmu
kuatkanlah ia...

Usah berpaling kepada yang lain,
Usah dibina kesatuan yang baharu,
Berikanlah keTAATan kepada yang satu,
Jangan dikeruhkan kesatuan yang ada,
kesatuan yang paling awal ditubuhkan,
kesatuan yang paling ramai ahlinya..
sayangilah kesatuan itu..

Unta dilapah secara berkumpulan

Ayuh, sahabat-sahabat,
aplikasi nilai TADHIYYAH dalam kehidupan,
berkorbanlah walau sekecil kuman,
niatkanlah LILLAHI TAALA..
ia juga dikira sebagai ibadah...

Ayuh, sahabat-sahabat..
Let us enjoy the feeling of sacrifice
Enjoy to help others..
Enjoy to offer yourselves..
Lil ummah wal ISLAM..




Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)