cinta biar sampai ke syurga...

Subhanallah...
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Terlalu banyak sebenarnya anugerah & nikmat Allah kepada kita,
hambaNya yang amat kerdil....
PerancanganNya yang penuh rahsia...
tiada siapa yang mengetahui...


Sekiranya diimbas kembali,
tiada ku sangka,
akan ku jejakkan kaki di bumi penuh barakah ini..
Bumi Anbiya'...
Bumi kelahiran tokoh2 Islam..
berada di sini bergelar pelajar Perubatan...
bakal seorang doktor...
doktor muslimah insyallah..


Hampir 20 tahun berlalu...
setelah rohku ditiupkan ke dalam jasad setelah 9 bulan berada di dalam kandungan...
melalui zaman kanak-kanak...
masih lagi tidak mengenal erti hidup...

Kini aku disibukkan dengan taklifan-taklifan yang tergalas dibahu..
mula mengenal erti hidup..
erti suka & duka..
erti perjuangan & percintaan...
erti persahabatan & tanggungjawab...


Di usia remaja ini...
atau mungkin juga sudah memasuki peringkat awal dewasa..
dan berada di alam universiti ini..
pelbagai jenis & ragam manusia ku temui...
rakan-rakan ku sudah diversity..
ada lelaki & perempuan...
ada dari pelbagai pelusuk dunia...Palestin, Syria, Mesir, Rusia
ada dari seluruh Malaysia..utara, selatan, timur, & barat
yang sebelum ini, bulatan di sekelilingku hanya rakan-rakan dari Semenanjung...

Kerana tugas & tanggungjawab..
Muamalahku semakin meluas...
daripada adik-adik junior sehingga ke Presiden persatuan...
Mula mengenali orang-orang yang hebat..
Timbul rasa kagum & envy...
Nampak ketokohan seorang doktor yang hebat..
Moga lebih bersinar & memberi impak kepada bumi Malaysia..
amin...

Apakah aku tiada perasaan...??
Apakah aku tidak perasan..??
Ada dalam kalangan rakan-rakan yang sudah mempunyai 'orang special' di hati..
Aku disibukkan dengan kerja-kerja persatuan...
Tanpa sedar, aku terasa agak terganggu dengan perbualan mereka...
Cerita-cerita mengenai orang kesayangan..
Rasa kurang selesa mendengar perbualan mengenai lelaki ajnabi...
Aku ditegur..'Kau tak tahu lagi, kalau dah ada, tahu la nanti...'

Astaghfirullah...
Ya Allah...lindungilah hati ini...
peliharalah & peganglah hati ini...
Engkau peliharalah cinta ini hanya untukMu & rasulMu,
ibu bapaku & orang yang benar merupakan suamiku kelak...
Ini Bumi Barakah...setiap kata-kata itu merupakan doa...


Bukannya aku tidak perasan,
terkadang laku ku agak terlepas....dek terlalu bersemangat...
sudahnya, aku tersenyum sendirian kala terkenang..
terkadang juga, aku agak senyap...
berlawanan dengan sikapku di kala excited...
terkadang, timbul juga di sudut hati...
rasa suka akan seseorang..tapi tiada siapa yang tahu...huhu
^_^ shh

Bila terdengar rakan sedang skype dengan family di kampung...
apa yang diperbualkan adalah soal jodoh...
huhu...aku hanya tersenyum sendirian...
Ummiku pun belum buka cerita lagi...
Hanya bercerita soal pelajaran...
bertanya mengenai adik-adik..
Sungguh....jarak yang jauh itu lebih menambahkan rasa cinta terhadap keluargaku

Pernah ku berfikir...
jodoh seorang doktor....
bagaimana ye..??
huhu...tiada siapa yang tahu...
Ku serahkan segalanya kepada Allah...
Cuma ku berdoa agar aku terus thabat berada di jalan perjuangan ini...
dibimbing & dipimpin menuju syurgaNya yang kekal abadi...
sebagai penerus risalah nabi...
melahirkan zuriat rantai perjuangan Islam...
sebagai sayap kiri seorang pejuang Islam..


Seorang doktor muslimah,
yang mampu menyentuh hati pesakit-pesakitnya...
kembali kepada Tuhan yang Maha Esa...

Moga cintaku ini,
Cinta kepada Allah,
Cinta kepada RasulNya,
Cinta kepada Para Sahabat,
Cinta kepada Keluarga,
Cinta kepada Rakan-rakan,
Cinta kepada bakal suamiku,
Cinta kepada anak-anak yang bakal dilahirkan..
Hanya kepadaMu, Ya Allah..
bisa menggapai redhaMu..
bisa sampai ke syurgaMu...
amin, amin Ya Rabb..


Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)