Mursi, IM, Mesir & Dunia Arab

Alhamdulillah...
Semalam hadir ke kelas tazkirah & isu semasa dari Ustaz Malik, Penasihat PMRAM yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI), Organisasi PERUBATAN Universiti Ain Shams (OPU ASU)..

Beliau dijemput khas bagi menjelaskan keadaan yang berlaku di Mesir, memandangkan kami, pelajar medik kurang faham situasi yang sedang berlaku di sini..
Selama ini kami cuma mengikuti status update di laman fb beliau
https://www.facebook.com/abdul.malik.1481?fref=ts <<jgn lupa subscribe/add friend
Mendengar penerangan ustaz, membuatkan saya teringat..

5 Cabaran Orang Mukmin dalam kitab Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan..

  1. Mukmin yang dengki kepadanya
  2. Munafiq yang benci kepadanya
  3. Kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang menyesatkan
  5. Nafsu yang sentiasa bertarung untuk mengalahkannya...

Sebenarnya, tak berapa tepat pun untuk saya petik bahagian ini untuk menceritakan keadaan bumi Mesir ini..

Ustaz Malik memulakan penerangannya dengan menceritakan permulaan kebangkitan Islam di negara-negara Arab...negara Tunisia, Syria, Lubnan dan beberapa negara lain..Menurut Ustaz, tekanan yang diterima umat Islam di negara Syria, 10x kali lebih dahsyat daripada apa yang berlaku di Mesir..Gerakan Islam di sana lebih teruk  menerima tekanan daripada apa yang diterima oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir ketika di zaman pemerintahan Mubarak...

Kemudian, Ustaz menceritakan apa yang berlaku di Mesir sekarang..
Seperti yang semua maklum & ketahui, pilihanraya Mesir telah dijalankan dan Mursi telah dipilih menjadi Presiden Mesir hasil undian rakyat secara demokrasi....
Namun, mengapakah keadaan di Mesir masih bergolak..??



Terdapat 499 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk Pilihanraya Mesir, Nov 2011 yang lepas..
Untuk itu, IM telah menubuhkan parti politiknya, Freedom & Justice Party (FJP)...
Golongan Salafiah juga menubuhkan Parti Hizbun Nur...namun, timbul krisis dalam parti ini, lalu, tertubuhlah Parti As-Soleh...kemudian, wujud Parti Hizbun Fadhilah, juga kerana ada masalah dalam parti...
Selain itu, ada juga beberapa parti lain yang bertanding untuk mendapatkan kerusi Parlimen ini...antaranya, Parti Jemaah Islamiyah...membuatkan jumlahnya terlalu banyak..

Pada waktu ini, Pilihanraya Presiden masih belum dijalankan..Mursi masih belum dikenali..
Mesir diperintah oleh Majlis Tentera..
Hasil Pilihanraya Parlimen...FJP berjaya memperoleh 235 buah kerusi, Parti Salafi memperoleh 149 buah kerusi dan selebihnya kepada Parti Sekular..
5 bulan pertama, keadaan kembali tenang..Parlimen sudah wujud & ada..
Tapi, Presiden masih belum ada..

Di zaman Mubarak, Mesir mengamalkan 1sistem sahaja..sistem fardhi=individu..
maksudnya, Mubarak mengawal semua perkara dalam negara...
Apabila Majlis Tentera memerintah, mereka mewujudkan 2 sistem; sistem individu & sistem parti...
Ingat!! Waktu ini, fahaman-fahaman Mubarak masih ada lagi...kroni-kroni Mubarak masih memegang portfolio masing-masing...
Jadi, Majlis Tentera mewujudkan 2 sistem tersebut untuk melemahkan penguasaan IM/FJP dalam negara Mesir...
Takdir Allah melebihi segala-galanya...Rakyat mahukan Islam..
Islam tetap menang..FJP yang ditubuhkan IM menang...

Kroni-kroni Mubarak mula gelisah...tak senang duduk..
Perancangan-perancangan diatur..
Majlis Peguam mengumumkan 1/3 daripada kerusi Parlimen tidak sah..
Mahkamah membubarkan Parlimen..yang masih dipegang oleh 19 orang hakim yang dilantik oleh Mubarak...

Keadaan semakin genting apabila tiba saat Pilihanraya Presiden...
Beberapa nama calon dinaikkan...
Semua tertanya-tanya, siapakah calon yang akan dinaikkan oleh IM...
*Khairat Syathir antara calon utama yang dinaikkan oleh IM...
Tokoh-tokoh lain semua sudah diberi mandat oleh IM/FJP dalam posisi masing-masing..
*Saad Kattani sebagai SU Agung
Tiada yang mengenali, siapakah Mursi..kehebatan beliau...
Seolah-olah sengaja disembunyikan sebentar sebagai simpanan..sebagai back-up..


Subhanallah...perancangan Allah melebihi segala-galanya...
Pelbagai isu, pihak musuh timbulkan..untuk menggagalkan kelayakan calon...
Pelbagai perkara dilakukan untuk menggagalkan Pilihanraya Presiden........
Pada 16, 17 Jun 2012..(@ 2hari sebelum itu) Mahkamah membubarkan Parlimen semula
Kemudian, pilihanraya pusingan ke-2 dilakukan semula..

Allah mempertemukan Dr Mursi dengan Ahmad Syafiq di pusingan akhir Pilihanraya Presiden..
Semua undian berpihak kepada Dr Mursi...rakyat mahukan Islam...rakyat mahukan Mursi..
Menurut Ustaz, Parti Sekular mahukan negara Mesir sebagai sebuah negara Madani..negara moden..Parti Salafi pula mahukan Mesir menjadi sebuah negara yag betul-betul mengamalkan hudud, dan lain-lain...tetapi, IM mahukan kedua-duanya...Mesir sebagai sebuah negara yang maju & juga mengamalkan syariat dalam negara... 

AllahuAkbar!!
Bayangkan perasaan rakyat Mesir...kemenangan berpihak di tangan umat Islam..Kemenangan berpihak kepada Mursi...Saya yang baru setahun jagung berada di bumi Mesir ini juga turut menitiskan air mata kegembiraan...syukur alhamdulillah....sujud syukur dilakukan...apatah lagi, rakyat Mesir yang berhadapan dengan semua ujian ini...apatah lagi, senior-senior yang merasai pengalaman dievakuasi...melihat malatov dan sebagainya..perasaan yang tak dapat dibayangkan..Semua orang termasuk saya, senior-senior dan rakyat Mesir tidak tidur malam itu, menunggu keputusan pilhan raya diumumkan....ALLAHUAKBAR!!
Rasa perit, rakyat-rakyat Mesir yang syahid mempertahankan negara mereka..sewaktu peristiwa 25 Januari 2011
Semua yang mereka perjuangkan terbalas dengan kemenangan Dr Mursi..


24 Jun 2012,
Dr Mursi diumumkan sebagai Presiden Jumhuriah..Presiden Rakyat..

Namun, kemenangan itu bukan penamat segala-galanya...
itu adalah satu permulaan sebenarnya, bagi rakyat Mesir..
Dr Mursi mengemukan 100 janjinya kepada rakyat Mesir..
untuk membawa perubahan..

Dan kini...
pada 15 Dis 2012 ini...Dr Mursi akan mengumumkan draft perlembagaan yang baru...
Dr Mursi telah melantik 100 orang rakyat Mesir dari pelbagai profesion, taraf kehidupan, agama dan lain-lain sebagai ahli panel perlembagaan, yang menggubal perlembagaan..
Perlembagaan-perlembagaan tersebut telah disiarkan di dalam akhbar tempatan, menggunakan bahasa yang mudah agar rakyat memahami perlembagaan tersebut...
15 Dis ini, rakyat cuma perlu memilih samada bersetuju atau tidak bersetuju dengan perlembagaan tersebut...
Kalau bersetuju...alhamdulillah
Kalau tidak bersetuju, Dr Mursi terpaksa melantik semula ahli penggubal perlembagaan yang baru, dan bermula dari sifar..0!!

Himpunan "Ya Untuk Syariah" anjuran kumpulan Islam bagi menyokong perlembagaan yang diadakan di dataran Masjid Raba'ah Adawiyah, Madinah Nasr semalam..

Seminggu dua ini...telah timbul kekacauan..
kekacauan yang ditimbulkan untuk menggagalkan referendum perlembagaan ini..
beberapa orang pemberontak telah diupah untuk berkampung di Dataran Tahrir..
mereka melaungkan kata-kata "BERAMBUS!!" yang ditujukan kepada Mursi...
sebagaimana yang mereka lakukan suatu ketika dahulu kepada Mubarak..
Polis halau, tapi masih tidak berganjak..

Setelah disiasat..mereka hanya remaja-remaja yang dibekalkan dengan makanan & duit..
Mursi tidak mengendahkan mereka..tidak peduli..
Kumpulan ini yang tidak mendapat perhatian Mursi berasa tidak puas hati..
Kemudian mereka bergerak ke arah Istana Istihadiyyah, Roksi
habis keliling pagar istana telah diconteng cat dengan perkataan "BERAMBUS"
selepas 2, 3 hari..orang-orang IM bergerak juga ke istana tersebut untuk mempertahankan istana tersebut...
Polis tidak mengambil apa-apa tindakan setelah dimaklumkan di waktu pagi...mereka mula bertindak di waktu malam setelah 10 orang IM telah syahid...mereka telah ditembak menggunakan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan pemberontak..
Markas-markas IM telah musnah & rosak dibakar..

Kumpulan penentang Mursi dilaporkan sebentar tadi menutup terowong 'Orubah dan Solah Salim dengan kaca yang dipecah serta tanah yang digali sebagai usaha mereka untuk menggagalkan referendum Sabtu ini.

20 nov lalu, Dr Mursi telah membuat keputusan..arahan Presiden tidak boleh dibantah..menampakkan Mursi sebagai diktator..untuk memberi kekebalan kepadanya kerana beliau mempunyai perancangannya yang tersendiri..Tapi, hakikatnya..ini adalah sementara cuma.. Sebelum ini... setelah Mursi menjadi Presiden, kebanyakan kuasa bukan ditangannya...sepertimana yang Mubarak lakukan..

Perlembagaan yang baru digubal mempunyai 5 bab & 235 fasa..
Golongan yang menimbulkan kekacauan tidak berpuas hati berkaitan dengan fasa 2
- Islam sebagai agama rasmi
- Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi
Menurut perlembagaan tersebut, Presiden hanya berkuasa dalam soal keselamatan negara & dalam soal hubungan diplomatik 
Kuasa lain-lain, semuanya terletak pada Dewan Negara
Tempoh had seseorang untuk menduduki kerusi Presiden hanya 2 penggal (1 penggal=4 tahun)..bukan seperti di zaman Mubarak yang telah memegang pemerintahan Mesir selama 30 tahun..

Siapa yang bagi duit kepada puak-puak pemberontak?

  1. UAE :
    • Ketua polis rancang dengan pihak media untuk serang Mursi
    • Putera Mahkota Syeikh Muhd Zaid al-Haiyan - bagi pesan/arahan supaya tidak sertai dialog dengan Mursi
    • bank in 150ribu USD
    • anti-Islam
    • melucut kerakyatan rakyat yang berjiwa haraki
  2. Saudi :
  3. Iran :
    • sokong penentang Mursi
    • waktu persidangan di Tehran, dalam ucapan Mursi, 
      • selawat kepada Nabi & sahabat
      • kutuk Basyar Asad
      • tak kunjungi Khomeni
      • tak letak kalungan bunga di kubur Khomeni
    • media melaporkan ini sebagai kesalahan Mursi, Iran berdendam
    • buat kenyataan terbuka.."Kami sokong *as-Sobahi">>penentang Mursi
    • bank in kepada *Sobahi sebanyak 300juta USD melalui bank Hizbullah
    • syiah / sunni
  4. Kuwait :
    • kaya dengan minyak
    • IM di Kuwait ditekan sepertimana di Mesir
  5. Amerika : 
    • Bad'ie meminta supaya Amerika campur tangan supaya perlembagaan dibatalkan
    • Bad'ie meminta Majlis Tentera ambil alih pentadbiran>>Abdul Fatah Asa'si tak setuju
    • Duta Amerika di Mesir buat pertemuan dengan Parti Wafd
Apakah tindakan Mursi dalam hal Palestin?
- Membuka Pintu Rafah seluas-luasnya 
- Menteri-menteri & Dr Yusuf Qardhawi bagi sokongan moral
- LigaArab juga datang melawat 
- Gaza terima bantuan tanpa putus
- Morocco bagi bantuan 2 bas ubat-ubatan

p/s: Hakikatnya, IM tak balas semua penentangan tersebut  dengan kekasaran..IM menunjukkan akhlak seorang pejuang Islam yang terpuji..Allah Maha Berkuasa..membantu hamba-hambanya yang ikhlas..Keikhlasan Dr Mursi & isterinya dalam menempuh jalan juang yang amat panjang ini...hakikatnya, akhirat itu matlamat akhir kita..mengangkat Islam di tempat tertinggi merupakan hadaf utama

Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu yang ikhlas berjuang keranaMu..

Umat Islam perlu bersatu, bukan menubuhkan pelbagai parti politik/jemaah lain..bersatu pada yang satu..cabaran yang kita hadapi sekarang adalah golongan sekular & liberal..

*nama-nama tersebut, saya kurang jelas ejaan, sebutan atau ejaannya



Comments

Popular posts from this blog

Apakah Hukum Doktor Wanita Merawat Pesakit Lelaki?

Sungguh, Aku Teramat Sangat Bersyukur (Bah 1)