Posts

Prepare urself

Image
Exam final tahun 2  2012/2013 Alhamdulillah.. sekejap je rasa tahun ni.. dah nak ambil exam final ^^ mohon doa sangat2.. bimbang terfitnah amanah2 yang ditaklifkan... na'uzubillah insyallah saya boleh ok... +ve thinking dan tahun ni, saya dah decide balik Malaysia..huhu tahun lepas tak decide pun.. tapi balik jugak akhirnya... sebab tak dapat pergi umrah.. :( nampak gayanya xdak harapan la nak pergi umrah dari sini melainkan kalau dah kawen... dah ada mahram yang sah.. tiket pun dah beli... 2 bulan lagi nak balik Malaysia awalnya beli.. insyallah 16 julai - 11 sept hampir 2 bulan kut tahun lepas exactly 1bulan 15hari Allahu akbar... dah buat keputusan nak balik ni, rasa nak balik cepat2 ja Tahun lepas xde la fikir2 nak balik ni Astaghfirullah... duk banding2 pula dengan tahun lepas syukur alhamdulillah dapat balik tapi rasa rugi juga, tak dapat join program dekat mesir cuti summer ni huhu....

Mei - Bermulalah 1 Cabaran

Image
taqwim Mei 2013 Subuh awal. Isya' lewat. Musim panas memang begitu. Subuh seawal 3 pagi dan Isya' selewat 8.30 malam.  Bangun Subuh selalu terkejar bimbang habis waktu dek terlajak tidur, tambah-tambah bila berseorang tatkala ahli beit yang lain ber'lampu merah'. (but, still in time yeah!) ^^

Alhamdulillah~

Image
Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. ^_^ Dah genap setahun dah saya menceburkan diri dalam bidang grafik. Tak banyak pun design yang saya dah buat, tapi rasa macam tak percaya lihat hasil sekarang berbanding hasil kerja setahun yang lalu. Alhamdulillah, Allah gerakkan tangan ini, memberikan idea & ilham. Kalau diimbau kembali,  tak gambar rasa bersyukur & berterima kasih kepada k.Hanisah Hashim. Dialah yang men'taqdim' saya untuk unit multimedia AQSA. Setiap AJK wajib mendesign 1 bookmark berkaitan dengan AQSA. Waktu sekolah, tak reti langsung guna Adobe Photoshop. Pernah buka, tengok sekali...tapi blur..' dok pahe gapo ' Minat memang ada, tapi tak berkesempatan belajar. Daripada situ, saya belajar guna PSD melalui youtube. Kemudian, hadir kursus grafik anjuran Jabatan Grafik PERUBATAN. Maklumlah, budak baru belajar. There, I develop my skills.  Kami kena design 1 bookmark. Kena hantar & dikomen dihadapan semua peserta. Huhu.....

masa ^^

Image
maaf... perkongsian pengalaman saya untuk hari-hari seterusnya di Turki masih belum sempat dihabiskan... terasa seperti 'melepaskan batuk ditangga'... masa begitu mencemburui... insyallah...saya akan habiskan perkongsian itu nanti.... semester kedua, tahun 2 kuliah perubatan.... perlu habiskan semua teori sistem badan, berkaitan dengan anatomi, fisiologi, biochemistry , dan histologi.... kalau tahun ni tak lepas, tak dapat naik tahun.... Allahu Rabbi.. doakan moga dipermudahkan.... dan ilmu itu melekat di dada...bukan hanya pada buku... next week  ada assessment 3... harap sangat dapat buat yang terbaik... berharap sahaja tak memadai.... KENA BUAT YANG TERBAIK!!! 23 mac-MCQs ANATOMY (abdomen, special embryology, neuroanatomy) 25 mac-MCQs PHYSIOLOGY 28 mac-practical HISTOLOGY 30 mac-MCQs BIOCHEMISTRY doakan ye!!

jaulah turki winter break 2013 ^.^_3

Image
3rd day trip diskusi sebahagian daripada kitab Risalah An-Nur oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul mengenai ikhlas dan ukhuwah Hari Rabu. 30 Jan 2013. Hari ini kami memulakan sesi diskusi kitab kerana kami hanya akan berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja hari ini. Tempat- tempat yang akan kami lawati hari ini ialah: 1. Selat Bosporus 2. Camlica Hill 3. Dolmabahce Palace 4. Abu Ayyub Al-Ansari Mosque

jaulah turki winter break 2013_2

Image
2nd day trip Pagi pertama menunaikan Solat Subuh di bumi Turki...Waktu Subuh di sini masuk agak lewat sedikit daripada di Mesir..pukul 5.43 pagi... Saya dan roommate  menunggu azan dikumandangkan....jam sudah menunjukkan 5.55 pagi..azan yang ditunggu masih belum kedengaran... Saya terfikir, 'Takkan negara ni sekular sangat sampai azan Subuh pun tak ada..??'   Astaghfirullahal 'azim...sungguh tak baik pemikiran ni kan...hmm...rupa-rupanya, menurut Ustaz Fauzan (ustaz yang handle  trip kami) negara Turki mengamalkan mazhab Hanafi.. Menurut mazhab ini, mereka melewatkan solat Subuh ke hujung waktu.. Ooo..baru tahu... Usai kami menunaikan Solat Subuh secara berjemaah dalam bilik hotel, barulah azan berkumandang... Hari ini kami akan bermusafir ke Bandar Bursa, tempat terawal yang dikuasai oleh Osman Gazi ketika mula-mula membuka Turki.. Perjalanan ke sana dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 3 jam..jadi kami perlu berkumpul awal di lobi..jam 7.30 p...

jaulah turki winter break 2013 ^.^ _1

Image
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar... Akhirnya ku jejak jua kaki di bumi yang pernah berdirinya Khilafah Turki Uthmaniyah..iaitu khilafah islamiyah yang terakhir sebelum dijatuhkan oleh Mustafa Kamal al-Laa'ii jalan2 di turki sebuah taman berdekatan dgn masjid